Alhamdulillah & tahniah buat semua 63 orang qualifiers dari An Nur Group Associates yang telah berjaya melayakkan diri untuk tahun 2022. Sebahagian yang dapat hadir ke program MYCP.
Setelah sekian lama tidak bersua muka akhirnya program sebegini yang kita mahukan.
Terima kasih pada yang hadir luangkan masa dan berkorban masa untuk hadir pada hari ini dari semenanjung hingga ke borneo . Semangat & kekeluargaan inilah yang kita ingin dan cintai.
Semoga dengan program hari ini, menjadikan kita semua lebih kuat dan bermotivasi.
Keluarga baru AN Nur Group 637 pertama di borneo.. Tahniah AM Norjanah Hamit Marikan. Semoga Al Janah Agency terus berkembang maju di sana.. dari satu pastinya jumlah ini akan bertambah…
Berminat untuk mengetahui tentang kerjaya takaful dan anda berada di Kuching.. Usah bimbang kami sedia membantu.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Akhirnya siaplah wisma kami. Wisma An Nur Group Associates. Yang beroperasi di Pasir Gudang Johor.
Ini merupakan pelaburan kami buat kumpulan yang kami sayangi.. Majlis perasmian kami akan di adakan pada 28/5 ini. Bermul jam 4-10 malam.
Di kesempatan ini saya mempelawa anda yang berminat untuk mengetahui dan mencuba kerjaya ini, bolehlah terus menghubungi kami. Pengambilan jun kami buka.
Semua Bermula dengan angan angan.. Kita kemasi dengan tindakan..
Alhamdulillah berkat kesabaran kini dah memiliki wisma sendiri..
Saya namakan ia Wisma An Nur, semoga ianya terus bersinar dan memberikan cahayanya seperti matahari.
Masih Ingat lagi masa di awal penglibatan ramai yang menentang untuk meneruskan kerjaya sebagai perunding takaful. Ya la bidang ni bidang rejection.. bidang yang penuh cabaran..
Benarlah kata orang..
Kalau takut di lambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai, Kalau mencuba pun tak tergamak, Jangan harap impian akan tercapai.
Orang yang bijaksana Nampak peluang dan rebut dan buka peluang lagi. Orang yang bijak Nampak peluang dan rebut Orang yang rugi Nampak peluang biarkan ianya berlalu saja. Orang yang sangat rugi Kita Nak cerita peluang pun dia tak bagi kita peluang..
Alhamdulillah, 9/4/2022 berakhir sudah program kami Pautan Kasih Ramadan bersama 30 orang anak anak yatim.
Kita meraikan mereka dengan pakaian raya baru di Jakel BBU. Terima kasih para penyumbang dan warga An Nur Group Associates yang terlibat bagi menjayakan program ini.
Doakan kami terus istiqomah dan dapat meneruskan lagi program seperti ini.
Alhamdulillah, Segali puji bagi Allah, Wisma An Nur Group Associates untuk tingkat bawah working area kami dah siap.
Tak sabar rasanya nak lihat hasil sepenuhnya wisma ini. Jangkaan traning area akan siap sebulan lagi (di bahagian atas). IsyaAllah perasmian kita akan buat pada Mei nanti sekali dengan jamuah hari raya.
Ini semua adalah hadiah buat seluruh keluarga An Nur Group Associates. Tanpa anda siapalah kami.. terima kasih semua, Terima kasih juga buat para pelanggan atas kepercayaan dan memilih kami sebagai perunding takaful anda, InsyaAllah amanah ini akan kami bawa sebaik mungkin.
Terima kasih juga buat pihak pengurusan GETB atas segalanya dan sudi melayan kerenah kami..
Alhamdulillah tahniah dah syukur.. Satu rekod baru telah dipecahkan di An Nur Group, promotion dengan jumlah permohonan unit terkumpul melebihi RM1juta.
Tahniah buat ust Mohamad Ridzuan Baharuddin dan kumpulan atas rekod baru ini. Anda sememangnya layak. Semoga anda dan kumpulan lebih cemerlang lagi untuk tahun 2022 ini.
Semoga pencapaian ini dapat dipecahkan di masa akan datang. Mungkin anda insan yang akan memecahkannya. Jom sertai kami…
Alhamdulillah tahniah dan syabas An Nur Group atas pencapaian cemerlang pada 2021. RM9,105,273.60 permohonan baru dan peningkatan sebanyak 84% berbanding tahun sebelumnya.
Pastinya semua ini tidak akan jadi dengan sendirinya tanpa bimbingan daripada semua pemimpin di An Nur Group.
Terima kasih buat para pelanggan yang mempercayai perkhidmatan kami dan juga para rakanniaga yang bersama kami. InsyaAllah tahun 2022 ini kita akan lakukan yang lebih baik.
Doakan kami agar terus istiqomah dalam menyebarkan dakwah takaful ini.
Alhamdulillah Bersyukur kepada Allah, dengan izinnya penghujung 2021 dibuka untuk Umrah. Jadi kesempatan itu saya dan isteri GM Masrinie Salim dapat membawa Newly Promoted kami untuk mengerjakan Umrah.
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan, kami bertolak pada 5/1/2022 dan pulang pada 17/1/2022. Pergi dalam musin ini, macam macam dugaan dan rintangan.. Di dalam kesulitan alhamdulillah sebenarnya terlalu banyak kemudahan yang telah Allah berikan kepada kami.
Tahniah buat AM Ridzuan, AM Nazif dan AM Roslaili. Tahun ini dah berada di gelanggang baru. Pastinya lebih mencabar. Saya berharap anda semua terus dan lebih cemerlang pada tahun ini.
Antara yang lebih istimewa untuk umrah kali ini, dapat berjumpa dengan abang ipar tuan Shahrul Salim di Mekah. Bukan itu sahaja siap buat kami jalan jalan sekali.
Alhamdulillah hari ini kami semua selamat tiba di Malaysia dan dibenarkan untuk kuarantin di rumah. Cuma kami dibekalkan dengan jam power ranger
InsyaAllah kami akan bawa lagi newly promoted kami di masa akan datang. Mungkin anda adalah yang seterusya.
Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah.. pada 18/12/2021 menjadi sejarah buat kami hasil Gabungan Legasi 1 (GM Rosazaman Sarifdin dan 5 (GM Masrinie Salim) An Nur Group membentuk An Nur Group Associates. Terima kasih VP Hjh Nori Yahya kerana merasmikan gabungan ini.
Kami ni akan beroperasi di Wisma An Nur Group Associates Pasir Gudang menjelang 2022. Terima kasih atas segala sokongan anda semua.. Doakan kami terus berjaya.. wisma ini boleh menempatkan 80 orang untuk sekali sesi training. Ini merupakan investment kami kepada rangkaian kami.
Kepuasan dan keselesaan rangkaian kami adalah keutamaan. Dan kami akan memberikan fasiliti yang terbaik.
Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang berada di sekitar Pasir Gudang dan berminat untuk mengetahui tentang potensi kerjaya takaful, bolehlah menghubungi kami. InsyaAllah kami akan tunjukkan jalan..
Saya yakin dengan Pengalaman pengurusan serta melahirkan pemimpin baru setiap tahun selama 11 tahun mampu melahirkan lebih ramai lagi pemimpin baru.
Mungkin anda pemimpin kami yang seterusnya..Hubungi kami segera..
Hari gembira buat teammate juga buat semua yang cintakan kejayaan. “Patutlah datang sekampung, geng insurans!”
Seloroh salah seorang salesman di sana..Sempat di perbetulkan…kami dari takaful bukan insurans Ahamdulillah, Penyerahan Velfire ZA 2018 kepada Agency Manager Solehah Jumaat
“Dia memang seorang yang kuat semangat”
Akui ayahanda dan bonda tentang anak sulung tercinta Sempat bonda bertanya, apa di sebalik no 637 tu…Ooo…simbolik kepada
6 untuk G
3 untuk E
7 untuk T
Great Eastern Takaful…Inilah yang kami bawakan semangat dalam S.P.I.R.I.T 637
Hasil usaha dan kerja keras tanpa lelah…semoga dipermudahkan untuk kenaikan pangkat ke Group Manager, Solehah
Tahniah Awie Kosnin atas pencapaian terbaru. Kelahiran 637, keluarga baru kami.
Maaf tak dapat nak teman untuk program penyampaian kereta, clash dengan program bersama CEO GETB hari ini.Menyertai kami pada Feb 2021 secara separuh masa, kini dengan yakinnya telah bersama kami secara sepenuh masa pada Sept 2021.
Tiada apa yang mustahil. Dimana ada kemahuan pastinya ada jalan..Semoga terus maju dan berjaya. Yang berminat untuk menyertai kami sebagai perunding takaful. Jangan segan dan malu boleh terus pm kami..Legasi 1 An Nur Group, sedia memberikan latihan dan bimbingan.
Alhamdulillah, mengambil berkat penghulu segala hari,
Hari ini signboard untuk cawangan kami di Segamat, Johor di naikkan. Semoga Legasi 1 An Nur Group terus maju di Segamat Johor.
Cawangan ini akan diterajui oleh Agency Manager 2022 kami Ust Mohamad Ridzuan Baharuddin. Terima kasih kepada semua rakan niaga kami yang banyak membantu.
Alhamdulillah impian bersama untuk memiliki opis di Segamat telah di makbulkan olehNya.Terima kasih juga buat para pelanggan kami, terima kasih atas kepercayaan anda dan memilih kami sebagai perunding takaful anda..Ini Bukanlah pengakhiran sebaliknya permulaan bagi kami.
Alhamdulillah termetrai sudah usahasama di antara Legasi 1 An Nur Group dengan Al Janah Agensi di Kuching Sarawak. Semoga denga usahasama ini akan mengembangkan lagi kumpulan An Nur Group di Borneo..
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengemudi kumpulan ini. InsyaAllah saya akan bantu dan buat yang terbaik. Semoga kita semua berjaya bersama.
Alhamdulillah pada 5-8/11/2021 mengambil peluang untuk berada di bumi Sarawak. Walau perbagai halangan sebelum ketibaan di sana, ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat saya. Perancangan telah dibuat, segala tentatif Jtelah di atur dengan baik. Alhamdulillah setiap masa di penuhi dengan aktiviti bermanfaat yang telah di susun rapi.
Dari sesi suai kenal, ke Personal Coaching, TBOSS sehinggalah ke jamuan makan malam. Semuanya Alhamdulillah berjalan dengan lancar.. Saya yakin, Al Janah Agency mampu buat yang terbaik, dan mempunyai kekuatan tersendiri.
Majlis penutup, makan malam bersama
InsyaAllah pada Jan 2022 ini kita akan berjumpa lagi untuk aktiviti Kick Start. Kita akan melakar sejarah untuk 2022.
Pada bulan ini giliran Legacy 4, An Nur Group untuk menguruskan program ANNUR PRIHATIN #4.
Sasaran penerima pada bulan ini adalah sekitar Johor & melaka serta sasaran seramai 25 orang penerima.
Namun jika kutipan melebihi sasaran kita akan agihkan kepada lebih ramai lagi. In shaa Allah.
Sumbangan boleh bermula dari hari ini sehingga hari terakhir 10 Okt 2021 terus ke: No akaun :501299614879 Nama: saharrudin Bin Sarifdin Ref: annurprihatin4
Jangkaan serahan sumbangan pada 15 @ 16 Okt.
Sama-sama kita menjayakan program ini.
Apabila kita diuji hidup dalam kesusahan, itu sebenarnya adalah sebahagian ujian daripada Allah SWT untuk menilai tahap kesabaran serta reda pada diri kita.
Sekiranya ditakdirkan kita menjadi kaya raya, itu juga salah satu bentuk ujian bagi melihat sama ada kita bersyukur atau kufur atas nikmat itu.
Allah SWT memerintahkan hamba-Nya melakukan sesuatu walaupun dilihat begitu sukar dilakukan pada awalnya namun pasti ada kemanisan pada akhirnya.
Alhamdulillah. Diberikan team yang padu. Tahniah semua warga Legasi 1 An Nur Group.. ini kejayaan kita bersama.
Siapa sangka, sesungguhnya percaturan Allah yang terbaik, Tahun lepas kami mencapai 2 juta pada disember, tahun ini dapat dicapai lebih cepat walau cabaran tahun ini lebih hebat kerana Legasi 1 An Nur Group telah melahirkan Group Manager baru.
Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang berminat membina kerjaya dan berjaya bersama kami. InsyaAllah segala ilmu yang ada akan saya berikan. Kita bina empayar business bersama sama..