An Nur Group Legasi 1.

Alhamdulillah segala pugi bagi Allah… An Nur Group Associates Legasi 1 berjaya mencapai RM 4Juta permohonan baru menjelang disember 2022.

Pastinya semua ini tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa usahasama semua kumpulan. Terima kasih kepada para pelanggan yang telah memberikan kepercayaan kepada kami. InsyaAllah amanah ini akan kami pegang dan jaga sebaik mungkin..

Semoga apa yang kita rancangkan dapat terlaksana dengan baik dan jayanya.. Aminn

Perginya Takkan Kembali.

Kemalangan maut melibatkan rakanniaga kami di LGM tadi Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian. Kami terkedi mendengar berita ini..

Anaknya berusia 3 tahun, patah kaki dan kini dibawa ke HSI untuk pemeriksaan lanjut.

Doakan anak yatim piatu ini.

Jenazah almarhum Muhammad Izwan Mansor (pensyarah di YPJ Johor) dan isterinya Saidatul Shahridin Khadijah Shahridin (pensyarah KV Kota Tinggi) akan dibawa pulang ke Pt Sulaiman, Pt Panjang, Ayer Baloi, Pontian.

Inshallah akan dikebumikan malam ini jangkaan jam 10 di Perkuburan Islam Pt Lancang.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Kami Warga An Nur Group mengadakan kutipan buat anak arwah sehingga 9/12 ini dan sumbangan akan kami hantarkan kepada waris terdekat.

Dari seorang Posman ke Usahawan Takaful

Tahniah tahniah tahniah

Berkat hari jumaat… tahniah buat Akmal Ahmad dan isteri atas kejayaan memiliki kereta idaman Mec CLA. siapa sangka dalam masa setahun sahaja banyak perubahan yang telah berlaku pada beliau..

OH ya.. tahniah juga, berita gembira yang dikongsi, pembiayaan rumah pertamanya juga telah berjaya. Orang kata ini rezeki anak… tahniah sekali lagi dari kami di An Nur Group Associates…

Katanya dengan penuh YAKIN, jika beliau terus bekerja sebagai penghantar surat (Pos Malaysia) Walau 10 tahun lagi pasti tidak akan dapat memiliki apa yang di perolehi hari ini..

Semoga kejayaan kecil ini akan lebih merangsang lagi bunga bunga kejayaan yang lain. Aminn..

#AnNurGroupAssociates

#spirit637

#AnNurGroup

#keluarga637

Seminar Kerjaya An Nur Group

Sian kena tipu.. yer la graduan kan.. takkan nak jadi ejen takaful. Apa ada kelas..

Alhamdulillah saya dulu tak kena tipu untuk join bidang ini, tetapi saya menawarkan diri untuk menjadi ejen takaful kerana pada masa itu masalah kewangan yang amat ketara disebabkan pinjam peribadi yang tidak terkawal

Kini saya sangat bersyukur kerana berada di bidang yang orang pandang lekeh ni. Sungguhpun di pandang lekeh, ianya telah banyak mengubah keluarga saya.

Masih ingin berada di takuk yang lama??

Jom berubah,

BE A BOSS

Ingin mendengar perkongsian dari mereka dan ingin menjadi sebahagian dari Kami.

Jom mendengar perkongsian dari mereka yang telah dan baru bermula dalam industri ini.

Rosazaman Sarifdin

Final Sprint GTG

Assalamualaikum, Berat untuk menolak permintaan sahabat apabila diminta untuk berkongsi.. Kalau ikutkan nak fokus lebih kepada kumpulan sendiri.. Tetapi atas nama ibadah.. Ilmu harus di kongsi dan bukan di simpan, Saya kongsikan jua..

Tarikh yang di minta sehari sebelum Trip GETB ke Istanbul dan Cappodocia, Turki. Nasib baik perkongsian secara online..

Semoga segala perkongsian dapat di manfaatkan, yang baikkan itu datang dari Allah dan yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri..

Salam.