TBOS ke 6 saya untuk tahun ini.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur saya masih diberikan nikmat kesihatan tubuh badan oleh Allah S.W.T. Tahun ini merupakan tahun rahmat untuk saya, saya berdoa semoga ianya berterusan hingga ke akhir hayat. Amin..

Pada 27/9/2013 ini saya mendapat jemputan ke 6 daripada Great Eastern Takaful untuk memberikan ucapan di Batu Pahat. Sungguh tidak saya sangkakan tahun ini banyak betul jemputan yang saya terima. Terima kasih Allah dan Great Eastern Takaful Sdn Bhd.

Untuk jemputan ke 5 iaitu pada 25/9/2013 ini pula akan di adakan di Menara Great Eastern jalan Ampang. Untuk menghadirkan diri anda bolehlah menghubungi saya bagi mendapatkan tiket.

TBOS Rosazaman 27 Sept 2013Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

kenapa bukan stand alone medical card

seperti biasa pada sesiapa yang nak copy artikal ni minta izinla dulu yer..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan kenapa anda perlu medical card beserta pelaburan (investment link)

Ini sekadar pendapat saya sahaja. Anda berhak membuat penilaian sendiri mengikut kewarasan akal fikiran.

Ada sesetengah pelanggan mahukan medical card yang bayarannya murah lantas baginya medical card stand alone adalah yang terbaik. Saya tidak kata salah. Mungkan ianya benar jika kita berfikir jika ianya untuk jangka pendek. Persoalannya sekarang, Berapa lamakah anda mahukan manfaat medical card tersebut? Adakah sehingga anda berusia 50 tahun atau 70 tahun atau sehingga 80 tahun?

Saya cuba mencari beberapa table medical card stand alone di google, tetapi saya merasakan table stand alone ini sesuai saya jadikan sebagai contoh. ( ini kerana contoh di Great eastern Takaful yang akan saya tunjukkan bilik 200, had tahunannya hampir sama). Untuk pengetahuan semua plan stand alone adalan plan burn (tiada simpanan)

saya ambil contoh orang lelaki berusia 30 tahun, pekerjaan Excutive dan tidak merokok.

Jika dia mengambil plan ini dalam masa 30 tahun tanpa dia sedar jumlah sumbangan takaful yang telah di lakukannya adalah berjumlah RM 49,162. ( tak kiralah dia claim atau pun tidak). Dan yang paling sedih dalam tempoh begitu lama dia membuat sumbangan tiada sebarang nilai tunai pada plan ini, atau dengan istilah lainnya RM 49,162 itu burn begitu sahaja.

standalone

Ini pula contoh plan Investment link daripada Great eastern Takaful.

investment link

Bezanya sumbangan takafulnya tetap RM1,800 setahun, jika di lihat pada kotak biru dalam masa 20 tahun jumlah sumbangan yang telah dilakukan sebanyak RM36,000 (RM1,800 x 20 tahun) dan anggaran nilai pelaburan sebanyak RM35,828 (seolah-olah macam plan ini jadi free) jika di lihat pada kotak biru jumlah sumbangan yang telah di buat RM54,000 (RM1,800 x 30 tahun) dan anggaran nilai pelaburan sebanyak RM 57,535.

Malah bukan itu sahaja plan ini juga ada manfaat i-PP (i-Provider Plus Rider) yang mana jika terkena penyakit kritikan atau lumpuh secara automatik plan ini menjadi percuma. Pastinya manfaat ini tiada di plan Stand alone..

Jadi keputusan di tangan anda..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Great Leo Award 2012/2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah, Kelmarin merupakan hari yang paling saya gembira berada di dalam bidang takaful ini. Ini kerana Pada 17-18 sept 2013 merupakan hari penganugerahan Great Leo Award yang berlansung di Genting.

Pada tahun 2010/2011 dan 2011/2012 saya hanya seorang diri sahaja, kini saya datang kembali bersama 3 orang sahabat yang berada di bawah seliaan saya iaitu Masrinie Salim, Ustaz Musyrif Khalil dan Rafidah Abd Ghani.

great leopastinya untuk tahun 2013/2014 saya berazam untuk membawa lebih ramai lagi qualifier di dalam kumpulan saya. Semoga segala usaha ini dapat di permudahkan oleh-Nya. Aminn..

Anda masih berpeluang untuk turut serta jika anda berminat untuk menyertai saya sebagai perunding Takaful Great Eastern

Untuk keretangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Akibat tukar sijil takaful

Assalamualaikum semua.

Berakhir sudah syawal meninggalkan kita tapi masih banyak lagi jemputan open house.. Hahaha hanya di Malaysia..

Hari ini saya ingin kongsikan suatu kejadian yang saya rasa patut di jadikan pengajaran untuk kita semua. Ianya sangat penting bagi saya untuk di kongsikan dengan semua..

Beginilah apabila mempunyai ramai pelanggan maka secara automatiknya berbagailah pengalaman yang bakal kita terima.

Kisah ini berlaku kepada pelangan saya. Saya namakan beliau B, dan suaminya C.

B merupakan pelanggan saya yang datangnya daripada referal pelanggan sedia ada. Semasa berjumpa dengan saya B datang bersama suaminya C,  dipendekkan cerita B dan C mengambil sijil Great Eastern Takaful dengan saya. ( 24/7/2011). Pada (7/4/2012) B dan C mengambil pula sijil untuk anak pertama beliau D.

Pada (Ogos – 2012) B di masukkan ke hospital kerana doktor mendapati ada ketumbuhan pada rahimnya. Alhamdulillah.. Kos rawatan sebanyak hampir RM6,000 di tanggung oleh Great Eastern Takaful.

Pada (Dis – 2012) B memberitahu saya bahawa beliau ingin mematikan sijil takaful B, C dan D. Saya kata ok cuma saya meminta agar kalau boleh sijil B di teruskan kerana bimbang masalah yang sama berulang kembali. Beliau bertekat hendak mematikannya.

So saya uruskanlah penutupan sijil tersebut pada (Jan- 2013). jauh di sudut hati saya merasakan B, C  dan D berhijrah ke sijil takaful lain. Namun apa boleh saya buat mungkin dah di takdirkan rezeki saya hanya sampai di situ sahaja.

Rupa-rupanya apa yang saya bimbangkan dan apa yang saya jangkakan menjadi kenyataan. B sekali lagi di masukkan ke hospital pada (April 2013) komplikasi pada rahimnya. B bukan sahaja tak boleh claim pada Great Eastern Takaful malah B juga tak dapat claim pada sijil takaful barunya. Kos hampir RM5,000 terpaksa di tanggung sendiri.

Nasib baiklah kos cuma RM5,000. Bagaimanakah agaknya jika kos tersebut RM 50,000.

B menyesali tindakan yang kurang bijak telah di lakukannya dan termakan dengan kata-kata new agentnya. Akibatnya dia yang terpaksa tanggung sendiri.

Pada (3/9/2013) B, C dan D ingin bertukar kembali ke Great Eastern Takaful. Jawapan saya, teruskanlah pada polisi yang ada sekarang tak perlu untuk bertukar. Yang penting ianya Takaful..

Salam..

Untuk keterangan lanjut Tentang Great Eastern Takaful

Sila Hubungi saya

 
Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation