Agency Manager 100% takaful..

Assalamualikum..

Alhamdulillah… Pada 22/1 baru2 ni saya di Menara Great Eastern minum petang bersama En Ibrahim (orang syarikat) dan GAM En Annuar di level 3 Great Eastern Mall. Tidak ku sangka, kata2 yang keluar dari mulut En Ibrahim,

Kau satu2nya Agency Manager yang naik menggunakan 100% takaful, kalau tak ada 2 orang. Tahniah Kekalkan pencapaian tu.

Tahun ni pastikan buat MDU (million dollar unit). Tahun ni aku akan bawak ko p talk merata. Pandai2la ko bagi masa.

(apa yang di maksudkan 100% takaful adalah saya dah kumpulan saya hanya menggunakan 100% production takaful untuk naik, Tidak menggunakan konvensional atau tambahan production konvensional)

Kata-kata ni membuatkan aku lebih bersemangat. Semoga Allah memberikanku nikmat kesihatan agarku dapat meneruskan perjuangan dalam bidang takaful ini.

talk

Pada malam tersebuat saya membuat perkongsian untuk group meeting di Menara Great Eastern, bagaimana mencapai Agency manager dalam masa 2 tahun, Tips dan Langkah yang perlu diambil.

Untuk anda di luar sana yang ingin menyertai saya di Great Eastern Takaful bolehlah munghubungi saya.

Ketahui dan kenali serta keluarkan potensi diri anda.

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
0192699436

Takaful vs Konvensional..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa pengalaman sepanjang beberapa minggu ini. Bagi saya ianya satu perkara yang serius dan perlu di ambil berat.

Pada awal tahun ni, saya di hubungi oleh seorang agent meminta quotation daripada saya (dia takder beri tahula agent, saya cek email dia di google)

Bila dah tahu saya pun tanyala, awat usik saya hehehe… Jawapan yang saya dapat. Memang dia sekarang ni agent, cuma dia kecewa kerana agencynya (melayu) main langgar jer suruh jual konvensional. Katanya lagi, leader dia kata client bukan tahu pun kalau kita bagi konvensional. Matlamatnya sama jer, yang penting kita buat sales. Lebih kurang mcm tula bunyinya.. Lebih kecewa lagi dia baru tersedar polisinya satu keluarga yang di ambil dengan leader tersebut di sangkakan takaful rupa-rupanya konvensional. kesedaran itu setelah dia jadi agent, tahu beza logo. Kalau tak jadi agent sampai ke sudah rasanya dia tak tahu.

Oleh sebab mahukan takaful dia matikan polisi konvensionalnya. Tetapi leadernya marah minta untuk di teruskan. Keputusan yang di ambik terus tutup dan terus taknak menjadi agent di agencynya..

Yang kedua ni baru beberapa hari lepas saya jumpa. Pun perkara yang hampir sama. Sahabat lama saya, Dia telah pun lulus exam takaful, PCE dan CHELI dan bersedia untuk menjadi agent takaful. Tetapi kemuskilan yang berlaku apabila agencynya (melayu) turut menyuruh menjual konvensional. Dia dah konfius, ingat masuk kumpulan melayu perkara tu tak berlaku.. lagi-lagi nama kumpulan ala ala arab sikit.

Yang kelakarnya, masa saya jumpa dia, dia kata “Razman, Agency Manager XX XX datang naik Audi, Merc aku ajak join, Ko Agency Manager gak datang naik moto jer”

Jawapan saya  “Aku datang sebab ko yang nak jumpa aku, dan hari ni adakah dengan aku bawa kereta besar ia boleh menentukan kejayaan ko?, Kalau tu tanggapan ko ko silap, sebab semuanya bermula dari dalam diri ko.”

Renungan bersama.

Jika kita ni agent pastikanlah kita memberian produk takaful. Janganlah mengejar keuntungan semata-mata kerana hidup kita bukanlah di dunia sahaja.

Jika kita ni client, pastikan anda memilih takaful sebelum nak sain borang. Kerana takaful itu lebih baik.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

Talk kerjaya Takaful di Ipoh 5/2/2013

talkAssalamualaikum.

Alhamdulillah Tanpa di sangka-sangka, diberikan kepercayaan oleh Syarikat untuk memberikan Talk di Branch Ipoh pada 5/2/2013 ini.

Pastikan kita berjumpa di sana.

Untuk sertai Hubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

Hadiah Misteri.. daftar pada 15 – 31 januari 2013.

hadiah-misteri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah  tirai 2012 berakhir dengan baik, Segala perancangan yang di rencanakan berjalan dengan jayanya. Beberapa pencapaian samaada kecil atau besar dapat saya kecapi bersama rakan-rakan seperjuangan. Antara Pencapaian yang terbaik di perolehi adalah:

  1. Sabai-sabai 3 Qualifier (Trip ke Pataya),
  2. Great Leo Award Qualifier (F1 Great Pro  Smart Leo & F1 Great Pro Crown Leo)
  3. Master Sales Gold Award, (Q1, Q2 & Q3)
  4. Melahirkan agent yang layak ke Trip Jakarta

Dan pencapaian paling terbaik adalah saya melangkah setapak lagi dan kini bergelar Agency Manager.

Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan Allah swt ini, ingin saya kongsikan dengan anda. Dengan itu, saya berbesar hati ingin memberikan hadiah istimewa kepada anda jika mendaftarkan diri di Great Eastern Takaful untuk plan:

  1. i-Great Damai (medical card)
  2. i-Great Iqra (pendidikan & medical card)
  3. i-Great Amal (haji, umrah & Qurban)

Tarikh pendaftaran adalah bermula dari 15 Januari hingga 31 januari 2013.

Untuk keterangan lanjut  anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436

buatkan saya quotation

Agent Great Eastern Takaful Diperlukan

gerenti

Assalamualaikum

Saya sedang mencari or sesiapa yang berminat untuk menjadi AGENT GREAT EASTERN TAKAFUL..dibawah pimpinan saya di D&A PRYSMA (Gabungan 6 leader) latihan dan bimbingan disediakan.

Kelebihan dan kemahiran yang kumpulan kami miliki:
Tenaga pengaja terdiri daripada:

1- COT Qualifier
2- MDRT Qualifier
3- Supremacy Qualifier
4- Duta Recruiter
5- Top Agency
6- Top Producer
7- MDA (million dollar agency)

8- Banyak lagilah..

Alhamdulillah 2 daripada ahli kumpulan kami telah naik pangkat ke Group Sales Manager dan Agency Manager pada tahun 2013. Mungkin anda adalah orang seterusnya.

Untuk keretangan lanjut

Sila Hubungi Rosazaman Sarifdin 019-2699436
kawasan KL/Selangor/JB

Goal Setting 2013 My Team

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dan syukur kumpulan semakin membesar, untuk tahun ini goal setting akan dilakukan 2 kali . Tidak seperti tahun lepas yang mana goal setting dilakukan di tengah-tengah (Hotel Seri Malaysia, Melaka)

Pada tahun ini, untuk team Johor dibuat pada 30/12/2012 bertempat di The Zone Hotel, Dan untuk team KL saya akan adakan pada 8/1/2012 bertempat di Menara Great Eastern. Sesi pertama telah selesai, Walaupun letih saya rasa puas kerana setiap rakan-rakan seperjuangan kini mempunyai matlamat yang jelas untuk ditujui.

Untuk tahun ini Tag Line untuk Goal Setting “Realistic to Achieve” dan bertajuk ” Bagaimana ingin mencapai Agency Manager dalam masa 2 tahun”. Tajuk berdasarkan pengalaman sebenar.

IMG_1393

InsyaAllah semoga segala rancangan berjalan seperti apa yang di rancangkan..

Pada anda yang ingin serta team saya. Anda bolehlah menghubungi saya untuk sesi temuduga

Rosazaman Sarifdin

Agency Manager

019-2699436