Pengajaran buat semua..

Assalamualaikum semua..

Pada hari ini saya ingin kongsikan satu kisah penting untuk anda semua. kisah yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.

Saya di hubungi oleh rakan niaga Siti Norkamalia Khalil bertanyakan bagaimana ingin membantu bekas pelangannya yang mengalami masalah berkenaan dengan tuntutan takafulnya.

Bekas pelangannya baru sahaja menutup sijil takafulnya dengan Siti Norkamalia Khalil pada 2 bulan lepas. Ini kerana bekas pelanganya bertukar ke takaful operator yang lain.

Tujuan bertukar adalah kerana ingin membantu agent tersebut kerana agent tersebut merupakan adik iparnya. Mungkin ayat yang sesuai kena sailang kot..

Nak jadikan cerita hari ini bekas pelanggannya dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan. Malangnya bil tersebut tidak dapat di cover menggunakan sijil barunya.

Bekas pelangganya menghubungi Siti Norkamalia Khalil bertanyakan status takafulnya yang dah lapes. Minta tolong  agar berbuat sesuatu. Malangnya sudah terlambat. Tiada apa yang dapat dilakukan.

Apa yang cuba ingin saya sampaikan sebenarnya adalah etika kerja yang betul perlu kita terapkan. Kalau tahu client dah ada sijil takaful tak perlulah kita nak suruh ambil plan yang sama..Bukan ker kita masih boleh plan plan yang lain..

Jangan jadikan pelanggan anda mangsa. kasihanilah beliau yang tidak  bersalah ini terpaksa menangguh segala kerugian..

sekian..

Head Start Southern Region

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini merupakan hari Pencapaian hadiah dan sijil kepada Top Top agent Great Eastern dan juga Head Start bagi daerah selatan.man rinie

Pada kali ini Saya rasa cukup bertuah kerana saya naik ke pentas bersama-sama dengan isteri tersayang saya Masrinie Salim yang turut menerima hadiah dan sijil.

Lebih Bersemangat lagi apabila pada tahun ini Masinie Salim akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk bersama-sama  berjaya dalam industri ini. Bukan sepert tahun tahun sudah yang banyak bekerja hanya di belakang tabir sahaja.

mba 1Lebih bertuah lagi apabila saya di nobatkan sebagai Champion Platinum Catogeri untuk Master Builder Award pada quater 4 2013. Terus terang saya katakan memang saya berusaha untuk menjadi Champion sejak dari quater 2 lagi  tetapi pada quater 2 saya hanya memperolehi Master Builder Award 1st runner Up sahaja, manakala pada quater 3 sekadar mendapat Gold catogeri.

Di kesempatan ini saya ingin ucapkan jutaan terima kasih buat ahli kumpulan saya An-Nur The Great Agency kerana membantu saya dalam mengembangkan kumpulan ini . Tidak lupa juga kepada pihak syarikat Terutama buat BDM En Fairus Kapi yang banyak membantu saya.bdmIn Shaa allah pada tahun 2014 ini saya akan berusaha lebih keras lagi..

Terima kasih semua

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

images