Pengajaran buat semua..

Assalamualaikum semua..

Pada hari ini saya ingin kongsikan satu kisah penting untuk anda semua. kisah yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.

Saya di hubungi oleh rakan niaga Siti Norkamalia Khalil bertanyakan bagaimana ingin membantu bekas pelangannya yang mengalami masalah berkenaan dengan tuntutan takafulnya.

Bekas pelangannya baru sahaja menutup sijil takafulnya dengan Siti Norkamalia Khalil pada 2 bulan lepas. Ini kerana bekas pelanganya bertukar ke takaful operator yang lain.

Tujuan bertukar adalah kerana ingin membantu agent tersebut kerana agent tersebut merupakan adik iparnya. Mungkin ayat yang sesuai kena sailang kot..

Nak jadikan cerita hari ini bekas pelanggannya dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan. Malangnya bil tersebut tidak dapat di cover menggunakan sijil barunya.

Bekas pelangganya menghubungi Siti Norkamalia Khalil bertanyakan status takafulnya yang dah lapes. Minta tolong  agar berbuat sesuatu. Malangnya sudah terlambat. Tiada apa yang dapat dilakukan.

Apa yang cuba ingin saya sampaikan sebenarnya adalah etika kerja yang betul perlu kita terapkan. Kalau tahu client dah ada sijil takaful tak perlulah kita nak suruh ambil plan yang sama..Bukan ker kita masih boleh plan plan yang lain..

Jangan jadikan pelanggan anda mangsa. kasihanilah beliau yang tidak  bersalah ini terpaksa menangguh segala kerugian..

sekian..

This entry was posted in info, Kerjaya and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s