TBOSS Johor Bahru

Tahniah Siti Norkamalia Khalil, wakil An Nur The Great Agency diberikan kepercayaan oleh Great Eastern Takaful untuk berkongsi perjalanan di dalam industri takaful ini.

Pada yang berada di sekitar Johor Bahru bolehla hadir untuk mendengar perkongsian beliau dengan tajuk Kerja atau Kerjaya..

Hubungi kami untuk tempahan tiket

Rosazaman Sarifdin

Group Manager

0192699436

Bertindak sebelum terlambat..

Assalamualaikum…
Hari ini saya ingin kongsikan beberapa pengalaman yang saya temui malam bulan ini yang mana saya rasa harus kita jadikan ikthbar untuk semua.

Dalam bulan ini sahaja saya ada berjumpa dan dihubungi oleh beberapa orang yang telah di timpa musibah dan ingin membuat permohonan takaful.

Kes 1.
Ramli (bukan nama sebenar) menghubungi saya melalui whatapps

image

Beliau telah di sahkah hilang upaya kekal (tangan kanan terpaksa dipotong akibat kecederaan akibat kemalangan). Yang kesiannya dalam keadaan beliau yang macam itu ada agen yang ambil kesempatan. Beliau ada ambil insuran selepas kejadian dengan harapan boleh buat tuntutan, siap buat bayaran tahunan lagi. Malangnya tiada sebarang tuntutan dapat dilalukan. Saya berkata kalau tuan bayar 10 tahun terus pun masih tidak boleh buat tuntutan..

Keluhan beliau: baru tahu dan nampak takaful/insuran ini penting, tak kena memang tak tahu. Menyesal sebab tak ambil

Kes 2.
Yang ini saya berjumpa. Seorang ibu prihatin yang ingin mengambil takaful perubatan untuk anak tunggalnya yang berusia 8 tahun. Malangnya, anak beliau telah di sahkan ada tyriod. Sebelum ini dah ada takaful tetapi sijil dah luput.. adus… lomah betul saya dengar.. beria minta saya tolong. Saya hanya boleh buat permohonan dan saya akan declair itu jawapan saya. Tugas meluluskan bukan dibawah bidang kuasa saya. Cuma ada 3 kemungkinan jika permohonan di buat.

1. Permohonan di terima dan bersyarat
2. Permohonan diterima dengan ada pertambahan harga (loding)
3. Permohonan di tolak

Keluhan beliau: agen tak boleh tolong ker? Kalau tak declair tak boleh ker?

Kes 3.
Kes yang ke 3 ini agak menarik. Pada minggu lepas beliau dah di sahkan doktor pakar ada masalah pada kelenjar (tersumbat). Selepas tahu keputusan itu baru mengigil nak ambil takaful. Di salahkan pula si agen. Kata beliau, pakciknya merupakan seorang agen takaful. Dari anaknya 1 tahun sampai 7 tahun dia tunggu quotation  dari pakciknya tak dapat dapat. Lama no agen ni nak buat quotation..hihihi katanya kalau tak dah ada takaful dah.

Saya tanya beliau. Kalau akak takder masalah ni akak rasa akak nak cari agen tak. Dia terus terdiam.

Keluahan beliau: macam mana ya akak nak buat ni dik? Adik tak boleh tolong ker?..tula kalau  pakcik akak bagi quotation akak dah ada takaful dah..

Nota razmanget: memang kita tak nampak kepetingan takaful ini jika kita tak di timpa musibah.  Kalau tak caya tunggula kena musibah dahulu kemudian baru nak apply. Kalau jumpa saya saya minta maaf saya akan declair. Bagi saya biar kita gaduh awal dari gaduh kemudiah hari akibat tuntutan gagal di lakukan.. mana yang anda mahukan?

Bertindakla awal dan sekarang. Dapatkan quotation anda segera ( jangan minta quotation sahaja tapi tak ambik juga..sama jer peginya)

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
award

Great Eastern Takaful catat pertumbuhan yang memberansangkan

Assalamualaikum

Baru-baru ni saya di sapa oleh agent dari Takaful M, kebetulan saya tidak memakai baju yang berlogo Great Eastern Takaful seperti biasa.

Sebabkan saya juga agent so saya paham sangat perasaan bila orang jual mahal, so saya degarkanla apa yang ingin di kongsikan..

Lebih kurang begini perbualan kami.

Agent M: Salam bang, maaf ganggu saya Rizal dari M Takaful nak buat survey hari ni. Boleh saya tahu, abang sekarang sudah memiliki medical card?

Saya: Saya dah ada.

Aget M: Personal atau Syarikat punya bang.

Saya: Personal

Agent M: Bagus bang. Jika abang tak keberatan, boleh saya tahu medical card dari syarikat mana bang.

Saya: Great Eastern

Agent M: Maaf yer bang, kita sebagai orang islam sepatutnya memilih takaful, dan untuk pengetahuan abang Great Eastern tu konvensional. Dia tak sama macam M yang berlandaskan syariah.

Saya: Yer ker ke cik (buat buat blur).

Agent M: Jika kita ambil insuran hukumnya haram kita bagi pampasan tersebut kepada waris kita. Terus dia keluakan keratan akhbar ini

wang-pampasan-insurans-haram-dipusakaiSaya: Saya pernah dengar juga cik. Cik dah lama ker jadi agent M.

Agent M: Saya dah 4 tahun..

Saya: Terima kasih cik. Nanti saya call agent saya.. Terima kasih cik atas maklumat tadi.

Kesimpulan yang saya buat:

1. Kalau betul agent ni dah 4 tahun ternyata agent M ni seperti katak bawah tempurung. Great Eastern dah dapat lesen takaful dan nak masuk 3 tahun.

2. Mungkin agent M ni cuba nak tipu. lepastu salah orang.

3. Mungkin juga agent M ni baru.. so dia punya jer bagus yang lain semua haram… haha

Sekadar perkongsian ni paper hari ni

get 2 GEtBerhujahlah dengan Fakta bukan Auta

Untuk keterangan lanjut tentang Great Eastern Takaful sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images