Kos rawatan untuk brain tumor

Gamma knife technology for brain tumor.

Member di hospital share pasal satu teknologi baru di Malaysia untuk rawat tumor otak. Mesin ni harga RM60 juta per unit. Katanya hanya terdapat di Sunway Medical Center dan Gleanegles buat masa sekarang.

Kos rawatan antara RM26,000-RM28,000 untuk 4-5 kali sesi rawatan, bergantung kepada doktor.

Teknologi ni menggunakan sinar gamma yang akan bertindak sebagai pisau yang akan memusnahkan sel tumor. Pesakit tak perlu lagi menjalani pembedahan, tak perlu cukur rambut.

Alhamdulillah teknologi perubatan semakin berkembang. Bila tengok pada kos rawatan tu, agak2 cukup tak duit saving yang ada? Kalau kata dah ada medica card alhamdulillah, tapi minta cek juga berapa had tahunan yang ada. Agak agak cukup tak untuk menampung kos ini..

Pastikan had tahunan anda mencukupi. Di GETB kami mempunyai plan yang mana had tahunannya sehingga RM1,000,000. Bertindak sekarang.

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Group Manager GETB

Founder An Nur Group

razman

buatkan saya quotation

Mungkin anda nak tahu berkenaan medical card Great Eastern Takaful..

Assalamualaikum…

Hari ini saya menerima pertanyaan yang berbunyi begini..

Mungkin pertanyaan daripada seorang agen PRU, mungkin juga dah tahu saja sekadar buat2 tak tahu.. Apa2 pun terima kasih mungkin dengan pertanyaan ini secara tidak langsung memudahkan lagi perbicaraan saya pada masa akan datang..

Dan ini jawapan saya

Yap, kena ada co takaful, min 10% dan max RM500.
Dan pesakit nak upgrade bilik co takaful seperti berikut (lihat pada table)
https://takafulge.wordpress.com/2012/02/10/medical-card-takaful/

oleh sebab itu saya ada buat artikel berikut
https://takafulge.wordpress.com/2012/05/05/plan-medical-card-perubatan-yang-sempurna/
Tiada medical card yang sempurna bagi saya.

Contoh 1,

client mahukan medical card yang tiada langsung Co Takaful

Adakah GET bagus dengan co takaful min 10% dan max RM500 mungkin tidak

dan adakah PRU ok? dengan co takaful min RM300 dan max RM1,000 mungkin juga tidak

Mungkin MAA takaful yang  terbaik dan mengikut keperluan pelanggan tersebut kerana tiada Co takaful.

Contoh 2

Client mahukan ada manfaat daripada medical card jika SIHAT (tiada tuntutan).

Mungkin ada sesetengahnya client mahukan PRU kerana ada Unclaim bonus (mengikut bilik min RM100 sehingga RM500) perhatian: sila lihat bilik yang anda ambil untuk tahu jumlah unclaim bonus yang layak anda terima

Mungkin juga ada sesetengah client mahukan GET kerana had tahunan akan naik sebanyak 10% setiap 3 tahun jika tiada tuntutan (mengikut bilik min RM6,000 sehingga RM20,000). Kenaikan ini mungkin selaras dengan inflasi yang naik setiap tahun. katakan anda mengambil bilik yang terendah di GET (rm100 sehari dengan had tahunan RM60,000)RUJUK TABLE dalam masa 15 tahun anda sihat. Had tahunan akan naik secara percuma sebanyak RM30,000. Dengan itu had tahunan anda akan menjadi RM90,000 secara automatik. Mungkin nilai RM90,000 itu sama dengan nilai RM60,000 sekarang.

mungkin disini jika dinilai dari segi kelebihan dan manfaat tersebut client  akan memilih GET keuntungan sebanyak RM30,000 berbanding dengan manfaat tunai dari PRU RM1,500 (RM100 x 15 tahun) perhatian: sila lihat bilik yang anda ambil untuk tahu jumlah unclaim bonus yang layak anda terima

Oleh Itu, sebagai pengguna yang bijak kita senaraikan segala kelebihan dan kekurangan setiap syarikat.. dan pilih mengikut keperluan kita..

Antara perkara-perkara yang anda perlu dapatkan maklumat

  1.  Had kemasukan ke wad biasa (berapa hari setahun)
  2.  Had kemasukan ke wad ICU (berapa hari setahun)
  3.  Had tahunan (mengikut bilik yang anda pilih) (berapa RM setahun)
  4.  Had keseluruhan (mengikut bilik yang anda pilih) (berapa RM seumur hidup)
  5.  Co Takaful (sama ada upgrade atau pun tidak)
  6.  Rawatan pesakit luar akibat kemalangan (berapa RM)
  7.  Elaun hospital kerajaan (berapa RM sehari)
  8.   Manfaat PA (personal xsdent)
  9.  Manfaat jururawat ke rumah
  10.  Rawatan sebelum masuk kehospital (berapa hari)
  11.  Rawatan susulan selepas keluar hospital (berapa hari)
  12.  Manfaat untuk penjaga
  13.  Manfaat medical card cover sampai umur berapa
  14.  Bonus tanpa tuntutan.
  15.  Manfaat tambahan

Saya tolong jawabkan untuk GET agar memudahkan survey anda.

  1. 180 hari setahun beserta wad ICU
  2. 180 hari setahun beserta wad biasa
  3. RM60,000 sehingga RM200,000 setahun
  4. RM480,000 sehingga RM1.6juta
  5. Co takaful min 10% dan max RM500, jika upgrede bilik 20% dan tiada maksimum, jika bilik asal 200 upgrade kepada yang lebih selesa 20% dam max RM3000
  6. RM2,000 sehingga RM8,000
  7. RM50 sehari max tuntutan 120 hari
  8.  PA percuma RM10,000 sehingga RM20,000
  9. Tiada
  10. 60 hari
  11. 90 hari
  12. Tiada
  13. 80 tahun
  14. Kenaikan secara pecuma 10% terhadap had tahunan setiap 3 tahun. RM6,000 sehingga RM20,000.
  15.  Perkhidmatan towing percuma (60km atau RM300)

Razman Get: Co takaful tidak boleh dituntut balik (reimbursement). Ada sesetengan agent yang kata ianya boleh di tuntut balik. Itu tidak benar sama sekali. Kebiasaannya elaun hospital digunakan untuk mengaburi pelanggan.

Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Anak bertarung nyawa

Oleh Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Keguguran ketika hamil anak pertama bukan alasan kepada pasangan Badariah Rahmat, 27, dan suami, Muinuddin Muhamad, 26, untuk menyerah kalah, sebaliknya terus berusaha mendapat zuriat seperti pasangan suami isteri lain.

Berikutan itu, kelahiran anak sulung perempuan mereka, Nur Qaisara, satu bulan, yang disahkan menghidap sakit jantung kronik dan memerlukan pembedahan segera pada kos rawatan tinggi menyebabkan pasangan itu tetap berusaha memberikan rawatan terbaik supaya pulih seperti kanak-kanak normal lain.

Muinuddin berkata, detik melihat anak yang baru dilahirkan sukar bernafas dan keadaan badan kebiru-biruan dan lebam benar-benar meruntun hatinya hingga seolah-olah tidak mampu berdepan keadaan itu.

“Kesedihan dan kekecewaan saya hanya Allah yang tahu apabila melihat anak kami dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan badan yang penuh dengan wayar dan alat bantuan pernafasan.

“Sepanjang tempoh kehamilan, doktor mengesahkan isteri tidak mengalami sebarang penyakit dan keadaannya normal seperti ibu hamil lain menyebabkan kami tidak mengesyaki anak mengalami sebarang masalah atau penyakit,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, dia tetap bersyukur kerana keadaan itu tidak menyebabkan anaknya meragam, sebaliknya Nur Qaisara mudah dijaga dan jarang menangis.

“Saya bimbang setiap kali melihat keadaannya yang sedang tidur kerana lekuk di dadanya kelihatan apabila bernafas. Pembedahan segera peringkat pertama perlu dilakukan dengan kos RM25,000 untuk melancarkan saluran darahnya hingga ke jantung. Jika selepas enam bulan masih belum ada tindak balas terhadap tumbesarannya, pembedahan kedua dan ketiga perlu dilakukan yang memerlukan kos tambahan masing-masing RM35,000 dan RM45,000.

“Saya terus berusaha mencari dana diperlukan dan berharap ada pihak sudi menghulurkan sumbangan bagi menyelamatkan nyawa bayi kami yang diharap dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghantar cek kepada The New Straits Times Press (M) Bhd dengan menulis nama pesakit di belakang cek dan dialamatkan kepada Juruwang, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Razman Get: Anda telah bersedia dengan sebarang kemungkinan? Kos pembedahan memerlukan wang yang besar, adakah had tahunan medical anda mencukupi? Ianya bukan hanya sekadar ada. Ingat bukan sekadar ada..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 

buatkan saya quotation