Anak bertarung nyawa

Oleh Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Keguguran ketika hamil anak pertama bukan alasan kepada pasangan Badariah Rahmat, 27, dan suami, Muinuddin Muhamad, 26, untuk menyerah kalah, sebaliknya terus berusaha mendapat zuriat seperti pasangan suami isteri lain.

Berikutan itu, kelahiran anak sulung perempuan mereka, Nur Qaisara, satu bulan, yang disahkan menghidap sakit jantung kronik dan memerlukan pembedahan segera pada kos rawatan tinggi menyebabkan pasangan itu tetap berusaha memberikan rawatan terbaik supaya pulih seperti kanak-kanak normal lain.

Muinuddin berkata, detik melihat anak yang baru dilahirkan sukar bernafas dan keadaan badan kebiru-biruan dan lebam benar-benar meruntun hatinya hingga seolah-olah tidak mampu berdepan keadaan itu.

“Kesedihan dan kekecewaan saya hanya Allah yang tahu apabila melihat anak kami dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan badan yang penuh dengan wayar dan alat bantuan pernafasan.

“Sepanjang tempoh kehamilan, doktor mengesahkan isteri tidak mengalami sebarang penyakit dan keadaannya normal seperti ibu hamil lain menyebabkan kami tidak mengesyaki anak mengalami sebarang masalah atau penyakit,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, dia tetap bersyukur kerana keadaan itu tidak menyebabkan anaknya meragam, sebaliknya Nur Qaisara mudah dijaga dan jarang menangis.

“Saya bimbang setiap kali melihat keadaannya yang sedang tidur kerana lekuk di dadanya kelihatan apabila bernafas. Pembedahan segera peringkat pertama perlu dilakukan dengan kos RM25,000 untuk melancarkan saluran darahnya hingga ke jantung. Jika selepas enam bulan masih belum ada tindak balas terhadap tumbesarannya, pembedahan kedua dan ketiga perlu dilakukan yang memerlukan kos tambahan masing-masing RM35,000 dan RM45,000.

“Saya terus berusaha mencari dana diperlukan dan berharap ada pihak sudi menghulurkan sumbangan bagi menyelamatkan nyawa bayi kami yang diharap dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghantar cek kepada The New Straits Times Press (M) Bhd dengan menulis nama pesakit di belakang cek dan dialamatkan kepada Juruwang, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Razman Get: Anda telah bersedia dengan sebarang kemungkinan? Kos pembedahan memerlukan wang yang besar, adakah had tahunan medical anda mencukupi? Ianya bukan hanya sekadar ada. Ingat bukan sekadar ada..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 

buatkan saya quotation

Advertisements
This entry was posted in info, Malang tak berbau, Panel Hospital Pakar, pentingnya Takaful and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s