Tahniah SES9 An Nur The Great Agency sehingga April 2018

Assalamualaikum..

Alhamdulillah… sehingga kini kami telah mempunyai 8 qualifier. Dengan berbaki lagi hampir 2 bulan kami berharap dapat menambah lagi jumlah qualifier.

Seronok kerja dan dapat berjalan bersama. Bukan itu sahaja sebenarnya terlalu banyak kelebihan jika menjadi agen takaful ni.. nak tahu lebih detail sure la kena hubungi kami…

Ni abam tanya, bila kali terakhir majikan anda bawa anda melancong? Ke tak pernah?. Di sini anda berpeluang melancong 4 kali setahun… so apa tunggu lagi?

Rosazaman Sarifdin
Group Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Q1 Review – GE HQ

Alhamdulillah berakhir sudah quater review kami yang pertama untuk tahun 2018 ini di Great Eastern Takaful KL.

Terima kasih AVP EN Ibrahim Abdullah selaku VVIP kami kerana merasmikan majlis ini dan merasmikan moto kami untuk tahun ini “Where Leaders/Managers Are Made”.

Terima kasih semua ahli An Nur The Great Agency yang datang dari jauh, Kelantan, Kuantan, Johor, Melaka dan Seremban. Ini lah kami yang mana sasaran kami ingin memiliki rangkaian di serata Malaysia.

Lebih bermakna untuk kali ini bagi saya pada tahun ini adik bungsu saya turut sama ingin berjaya di dalam industri ini.

Antara sesi yang paling meruntum jiwa sepanjang Q1 ini adalah sesi forum. Semoga apa yang dikongsikan oleh ahli panel forum sedikit sebanyak dapat memberikan ispirasi kepada anda yang hadir.Semoga kita berjumpa lagi untuk Halfyear review pada bulan 7 nanti.. somoga apa yang kita rancangkan berjalan lancar dan di permudahkan olehNya.. Aminn

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Group Manager

GE Masters Summit 2018

Assalamualaikum,

Alhamdulillah antara 25% leader terbaik di Great Eastern daripada 886 orang Group Manager yang ada di Great Eastern. An Nur The Great Agency berada di tangga ke 84. Alhamdulillah antara leader melayu saya berada di no 3. Alhamdulillah sekali lagi dan Tahniah kerana ini adalah usaha An Nur The Great Agency. GE Masters Summit 2018 yang di adakan di Penang pada 10-12/4/2018.

Dari pada jumlah tersebut hanya 17 orang group manager melayu yang layak.

Saya ingin mempelawa anda di luar sana untuk bersama kami untuk membina kerjaya dan berjaya di Great Eastern Takaful.

Rosazaman Bin Sarifdin

0192699436

Group Manager

Supremacy trip Shanghai 2017

Alhamdulillah kami layak menyertai trip percuma ini. Apa yang menariknya pergi ke sana ketika musim sejuk, memang bukan tahap beku tapi 4-6 darjah kami dah rasa sejuk.

Kami enjoy dengan trip ini, ingin bersama sama kami untuk trip akan datang? Boleh terus hubungi kami bagaimana caranya..

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Group Manager

Great Eastern Takaful Berhad

AM Khairul Nizam Mohamed

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

ejam

Nama: Khairul Nizam Bin Mohamed

Sertai GETB: 20/04/2015

Insan ini mengertai kami setelah beliau tersedar yang selama ini beliau menyertai insuran konvesional yang tidak patuh syariah. Atas kesedaran itu beliau telah merujuk ke Branch Melaka bagi menyatakan hasratnya untuk menyertai GETB. Disebabkan inginkan kumpulan yang agresif dan dikalangan anak muda, pihak GETB Melaka telah mencadangkan agar meyertai An Nur The Great Agency.

Pada tahun 2015 beliau telah di nobatkan Chairman Award Rookie Categori. Dan pernak membuat penjualan terbaik peribadi sebulan sehingga RM90,000. Rata rata pelanggannya datang daripada sektor kerajaan. Kami menggelarnya Master BPA (Biro Perkhidmatan Angkasa).

Dipendekkan cerita, Dalam masa 1 tahun 9 bulan sahaja beliau telah berjaya mencapai pangkat Agency Manager. Ini bukan soal boleh atau tidak, tetapi mahu atau tidak.. Jika anda mahu kami di An Nur The Great Agency akan tunjukkan jalan.. Apa yang anda tunggu lagi..

Ingin Jadi seperti kami?

Rosazaman Bin Sarifdin

AM Sahir Sarifdin

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

sahir

Nama: Sahir Bin Sarifdin

Sertai GETB: 15/09/2014

Insan yang banyak membantu An Nur The Great Agency dengan penambahbaikkan kepada sistem tracking dan sistem quotation. Sistem baru yang dicipta oleh beliau ini banyak membantu dan memudahkan lagi ahli kami untuk menjalankan perniagaan ini.

Insan ini merupakan abang sulong kepada GM Rosazaman Sarifdin, iaitu abang saya. Semasa beliau mula menyatakan hasrat untuk menyertai takaful bersama saya, terus terang saya katakan banyak perkara yang saya fikirkan, antaranya bolehkah dia buat sebab sepanjang saya mengenalinya, beliau seorang yang susah nak bercakap dengan orang. Selain itu yang paling utama, kenapa dia nak buat sedangkan kehidupannya dicemburui oleh adik beradik (senang kata dengan kerjayanya dan apa yang dia miliki). Saya hanya memberikan link exam TBE sahaja kepadanya untuk pendaftaran exam dah daftar baru hubungi saya kembali. Apabila dah daftar beliau menghubungi saya malangnya beliau mendaftar untuk part A dan B. hahahah. bermula dari situlah saya melihat kesungguhannya…

Dipendekkan cerita, berbaki dalam masa 3 bulan setengah saya menyuruhnya melepaskan diri ke tahap pertama (kutipan RM75k individu @ RM50k individu dan RM25 dari kumpulan). Memang bisingla beliau, katanya masa singkat sangat. Alhmdulillah dalam masa yang ada itu beliau berjaya membuat kutipan sebanyak (RM85k individu dan RM15k dari kumpulan) dan pada tahun berikutnya dengan total tahun 1  3 setengah bulan bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2016. Pada tahun yang sama juga atas usaha dan motivasi yang tinggi beliau telah melepasi syarat 1st year running Group Manager (GM) dan beliau telah berjaya melahirkan serang pemimpin baru di bawah seliaan beliau. Ini membuktikan sistem duplikasi yang kami bawa berkesan dan terbukti. Tahun ini 2018, merupakan tahun terakhir beliau sebelum bergelar GROUP MANAGER iaitu tahap yang  tinggi  yang di impikan oleh semua perunding takaful.

Ingin Jadi seperti kami?

Rosazaman Bin Sarifdin

AM Masrinie Salim

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin memperkenalkan seorang lagi kelahiran An Nur The Great Agency.

rinie.jpg

Nama: Masrinie Salim

Menyertai GETB : 18 April 2012

Alhamdulillah dalam masa 4 tahun 9 bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2017. Bukan itu sahaja pada tahun yang sama juga beliau telah berjaya melahirkan juga seorang Agency Manager di bawah rangkaiannya. Bekerja di bidang perakaunan pada awal penglibatannya dan pernah bergelar seorang guru akhirnya mengambil langkah untuk menjadi ejen sepenuh masa pada awal tahun 2013. Tujuan asal hanya untuk memberikan tumpuan kepada tumbesaran anak anak di samping mempunyai pendapatan sampingan. Pada posisi Agency Manager, Setelah melihat kepada potensi dan peluang yang ada, beliau telah berjaya melepaskan diri untuk syarat pertama ke Group Manager. Semoga beliau terus berjaya mencapai Group Manager pada 2020 nanti.

Ingin jadi seperti beliau?

Hubungi kami segera

Rosazaman Sarifdin

An Nur The Great Agency: Where Leader/Manager Are Made

Assalamualaikum

An Nur The Great Agency “Where Leaders/Manager Are Made” itulah slogan Goal Setting 2018 Annur Agency pada tahun ini. Terbukti tidak sampai 5 tahun An Nur Agency ditubuhkan, kini telah melahirkan 8 Agency Manager, 3 tahun berturut-turut sekurang-kurangnya dua orang dari An Nur Agency menikmati kenaikan pangkat.

26994973_10213514784521897_2139512509_n

Kepada teman-teman di luar sana yang ingin menyertai agensi takaful, pasti tidak kecewa memilih kami di An Nur Agency sebagai agensi pilihan. Leader komited di An Nur akan membimbing anda mencapai impian jadi untuk menjadi leader yang seterusnya. Di samping mempunyai sistem tracking yang terbaik, agency kami juga mempunyai template khusus proposal yang memudahkan untuk anda dalam menyediakan proposal perlindungan takaful kepada bakal-bakal client anda.

Pada tahun ini, kami mensasarkan:
– 5 Million Dollar Agency
– 2 orang GAM (Group Agency Manager)
– 3 orang AM (Agency Manager)
– 15 orang 1st Running AM (Agency Manager)
– 48 recruitement new active agent
– 100+ Agency

#WhereLeadersManagerAreMade
#AnnurTheGreatAgency

Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh hubungi saya

Rosazaman Bin Sarifdin

0192699436

Group Manager

BERANI BERIMPIAN

Assalamualaikum

Berani berimpian??.. Inilah impian yang disematkan dalam diri semasa mula mula menyertai industri takaful ini (5 april 2011) sebahagian besarnya telah saya capai. Antaranya

1- Keluarga

Sebagai ketua keluarga, saya ingin memberikn yang terbaik untuk keluarga. Antara impian utama semasa menyertai takaful ini adalah ingin memastikan tumbesaran anak anak di depan mata. Alhamdulillah isteri saya telah berhenti kerja pada penghujung tahun ke 2 (feb 2013) saya di takaful. Kini beliau bersama sama saya mengembangkan industri ini. Kini waktu bersama anak lebih banyak berbanding dahulu.

2- Rumah

Bersyukur dengan rumah sebelum ini (2 bilik). Memandangkan saya mempunyai anak 5 orang. Impian untuk memiliki rumah yang lebih selesa untuk keluarga antara sasaran saya. Alhamdulillah impian ini tercapai pada tahun ke 3 (sain perjanjian jual beli pada mei 2014). Rumah siap pada sept 2016. Siap Renovate pada Mei 2017.

3-Kereta (Safety Car)

Ada yang kata asal kereta dah ok. Buat apa nak membazir. Setiap orang mempunyi pendapat yang berbeza. Memandangkan saya selalu memandu untuk jarak jauh (JB-KL) saya telah memilih Kereta Conti buatan Jerman. Yang ini saya peroleh setelah 4 tahun saya di dalam industri (june 2015)

4- Family Car

Cita cita ini saya sematkan dalam diri ingin memiliki family car selepas saya memasuki rumah baru. Selalu saya kongsikan impian ini bersama keluarga terutama anak anak supaya meransang saya untuk bekerja keras sentiasa. Alhamdulillah saya dapat mencapainya pada hari kelahiran saya yang ke 36 iaitu pada tahun 5, 4 bulan berada di dalam industri (ogos 2017)

Jangan takut berimpian, tetapi pastikan tindakan kita selari dengan apa yang kita impikan..

Selamat berimpian

Saya bukan sekadai mahu anda berimpian malah saya akan ajarkan kepada anda cara untuk mencapai impian tersebut.

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Pengejar Impian..

AM Amirul Faizal Ahmad

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

Nama : Amirul Faizal Bin Ahmad

Menyertai GETB : 10/3/2015

Alhmdulillah dalam masa 2 tahun 10 bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2018. Anak kelahiran Kuala Terangganu ini nekad utuk meninggalkan pekerjaan glamornya sebagai Engineer semata mata ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya barunya sebagai perunding takaful. Kini beliau boleh tersenyum kerana bukan sahaja kebebasan kewangan dan masa sahaja di peroleh malah apa yang di impikan telah menjadi miliknya.

Ingin Jadi seperti kami?

Rosazaman Bin Sarifdin

AM Siti Norkamalia Binti Khalil

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

kam

Nama: Siti Norkamalia Binti Khalil

Sertai GETB: 10/12/2013

Sebut jer nama Siti Norkamalia Binti Khalil ni di GETB siapa yang tak kenal, kalau siapa yang kawan dengan di FB dia boleh tahu la macam mana dia buat kerja, Ke Utara, Selatan, Timur tu memang mainan dia. Badan kecik tapi ligat buat kerja..

Alhmdulillah dalam masa 2 tahun 1 bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2016 dan pada tahun yang sama juga atas usaha dan motivasi yang tinggi beliau telah melepasi syarat 1st year running Group Manager (GM). Pada tahun 2017 beliau telah melahirkan 2 orang pemimpin baru di bawah seliaan beliau. Ini membuktikan sistem duplikasi yang kami bawa berkesan dan terbukti. Tahun ini 2018, merupakan tahun terakhir beliau sebelum bergelar GROUP MANAGER iaitu tahap yang  tinggi  yang di impikan oleh semua perunding takaful.

Ingin Jadi seperti kami?

Rosazaman Bin Sarifdin

 

AM Saharrudin Sarifdin

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

Nama: Saharrudin Bin Sarifdin

Sertai GETB: 8/10/2014

Alhmdulillah dalam masa 2 tahun 3 bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2017 dan pada tahun yang sama juga atas usaha dan motivasi yang tinggi beliau telah melepasi syarat 1st year running Group Manager (GM). Satu tahap yang di impikan oleh semua perunding takaful.

Dengan sistem yang ada pada agensi, kami yakin akan melahirkan lebih ramai lagi pengurus di bawah An Nur The Great Agency. Mungkin anda pengurus seterusnya yang kami cari.

Rosazaman Bin Sarifdin

lets #berjayabersama

Assalamulaikum,

Berbaki beberapa hari ini adalah hari yang mendebarkan bagi saya. Mana tidaknya ada 4 orang di bawah An Nur The Great Agency yang sedang berjuang untuk ke satu tahap yang lebih atas di dalam industri ini iaitu menjadi Agency Manager.

25442894_10213200545866127_527972306514265760_nIni adalah budaya yang kami terapkan di dalam agency kami, kami akan sering memantau prestasi terkini  dan sering berbincang apakah stratergy yang terbaik ingin kita gunakan. Dalam masa yang singkat ini kita harus bijak untuk menfokuskan pada perkara yang perlu di utamakan.

bagaimana cara untuk mendapatkan agen yang TAHAN MAKI

Pernah ada seseorang bertanya kepada saya, bagaimana cara untuk mendapatkan agen yang TAHAN MAKI, terus terang saya katakan saya agak terkejut dengan pertanyaan tersebut dan dengan spontan saya terus bertanya, adalah agency anda mengamalkan cara tersebut? yang pastinya cara tersebut tidak pernah sama sekali di gunakan di agency kami. Konsep yang kami gunakan adalah konsep keluargaan dan kasih sayang. Selari dengan slogan GETB iaitu #berjayabersama.

Ingin menjadi sebahagian daripada keluarga kami? Sila hubungi pemimpin kami yang berada berhampiran kawasan anda.

Johor
Sahar Sarif 018-3729556/ Masrinie Salim 012-7499436

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 019-2332305

Selangor
Sahir Get , Sahir Sarifdin 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305

Melaka
Khairul Mohamed 013-9329023

Rosazaman Sarifdin 019-2699436
Founder, An Nur The Great Agency,

Group Agency Manager, Great Eastern Takaful Berhad.

Salam

Super Trip AnNur 2016/2017 NZ

Assalamaualaikum,

Alhamdulillah berakhir sudah trip kami ke NZ, An Nur The Great Agency meraikan rangkainnya yang telah bekerja keras pada tahun 2016. InsyaAllah pada tahun hadapan Super Trip An Nur akan menunaikan Umrah pula.

Trip kami ini mengambil masa hampir 10 hari (27/11/2017-6/12/2017) kami sangat enjoy dengan tentatif yang telah di sediakan oleh Haji Sahir. Sukar saya gambarkan perasaan ini dan rata rata semua qualifier turut merasakan perkara yang sama.

Berikut saya sertakan beberapa gambar untuk dikongsikan.

Semoga trip kami ini memberi perangsang kepada yang lain untuk menjadi next qualifier pada akan datang..

Jom Sertai Kami

Johor
Sahar Sarif 018-3729556/ Masrinie Salim 012-7499436

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 019-2332305

Selangor
Sahir Get , Sahir Sarifdin 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305

Melaka
Khairul Mohamed 013-9329023

Rosazaman Sarifdin
Founder, An Nur The Great Agency,

Group Agency Manager, Great Eastern Takaful Berhad.
019-2699436

 

Salam NZ

Ke NZ bersama An Nur The Great Agency

Assalamualaikum,

Bersyukur kehadrat ilahi dalam beberapa hari sahaja lagi saya bersama Qualifier Super Trip An Nur 2016/2017 akan ke New Zealand pada 27/11/- 5/12/2017 ini. Sekali lagi Tahniah kepada semua Qualifier

Haji Sahir Sarifdin, Hajah Ospuriah Mustapha, Ayizam Azhar, Siti Nur Solehah Juma’at, Siti Norkamalia Khalil, Saharrudin Sarifdin, Amirul Faizal Ahmad, Masrinie Salim, Khairul Nizam Mohamad dan Nurul Ain Zuklkafli.

Cuma kami agak bersedih kerana 2 dari Qualifier kami  tidak dapat turut menyertai trip ini ( Khairul Nizam Mohamed dan Nurul Ain Zulkafli) kerana masih ada misi yang perlu di selesaikan.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Haji Sahir Sarifdin atas tanggungjawab yang telah di laksanakan bagi memastikan trip kami ini berjalan lancar.

nz

Kini masing masing dah mood holiday rasanya. Insyaallah jika ada rezeki kami pada tahun hadapan kami akan ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah pula. Doakan kami.

Masa bekerja kami bekerja bersungguh-sungguh dan masa holiday kami nak holiday bersungguh.

salam sayang

Final Spring Pulau Pinang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah bersyukur kerana di berikan kepercayaan oleh GETB untuk berkongsi di Pulau Pinang 24/10 ini. InsyaAllah saya akan kongsikan tips tips apa yang perlu kita buat untuk quater terakhir ini. Semoga apa yang kita impikan pada awal tahun 2017 dapat kita capai.

6258c5ab-4acd-45eb-8903-d6faf342edf9

Pastikan kita berjumpa di sana..

Salam Sayang

Trip percuma Tahun 2017

Assalamualaikum.

Alhamdulillah awal tahun 2017 telah berjaya melayakkan diri ke trip percuma Great Eastern Takaful Ke Bangkok Thailand.


Alhamdulillah dapat buat lagi sepasang koleksi kod. Balik dari Bangkok dapat pula perkabaran telah layak untuk trip seterusnya ke Shanghai pula.. berangan nak ke osaka. Hihi semoga ianya menjadi kenyataan..

Salam

Final Sprint 2017 GE Champion

Assalamualaikum, alhamdulillah semalam Selesai tugas berkongsi untuk team GE Champion, terima ksih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Rasanya ini merupakan kali kedua berkongsi untuk kumpulan India.


Saya gembira melihat insan insan yang dahagakan kejayaan, Begitu juga saya yang sentiasa belajar dan terus belajar untuk terus maju kehadapan. Semoga segala tips dan idea yang saya berikan kepada anda dapat memberi manfaat dan dapat membantu anda mencapai misi anda pada tahun ini..

Salam

Mini TBOSS An Nur The Great Agency

Jom Sertai Bina kerjaya dan berjaya Bersama kami.. Sesi perkongsian akan di adakan di lokasi berikut..

14/8/2017 An Nur The Great Agency JB
18/8/2017 An Nur The Great Agency Shah Alam

man

nord.jpg

Jangan lepaskan peluang ini.. Potensi pendapatan RM30,000 sebulan akan di bongkarkan..

Rosazaman Bin Sarifdin

Group Manager
www.wasap.my/60192699436/kerjayaperundingtakaful

M-Star Central

Assalamualaikum..

Terima kasih Great Eastern Takaful Berhad atas kepercayaan yang di berikan kepada saya untuk berkongsi di central pula.. Rasa takut pula kawasan lubuk orang orang hebat di sana.

Apa apa pun saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik.

image_gallery

Pastikan kita berjumpa di sana, In sya Allah akan di kongsikan beberapa tips untuk baki setengah tahun ini..

Salam

Rosazaman Sarifdin

Group Manager