Let’s Gather 4/9/2020 -5/9/2020 Kemunting Beach Resort, Melaka
Alhamdulilah selama 2 hari berkampung bersama-sama insan insah hebat Legasi 1 dengan aura yang positif. Semoga banyak ilmu baru dapat di perolehi. Dari hari pertama hingga hari kedua berbagai aktiviti yang di jalankan. Semuanya bertujuan dan memberi banyak maksud tersirat dalam meningkatkan motivasi diri utk jadi insan dan perunding yg hebat.
Kerjasama, kepercayaan dan sokongan antara satu sama lain yg diamalkan di dalam kumpulan ni adalah seperti sebuah keluarga yg senantiasa menjaga kebajikan ahli-ahlinya.
Terima kasih dan tahniah kepada semua, terutamanya Agency Manager(AM) Masrinie Salim, AM Ben Mohamed dan semua ahli keluarga Legasi 1 An Nur Group bagi menjayakan pelaksanaan program ini. Semoga kita dapat berkumpul lagi di masa akan datang dan hubungan ini terus berkekalan. Aminn..
Semoga bulan ni dan seterusnya kita semua akan melakukan yg terbaik seperti apa yang di impikan.
Buat business partner Legasi 1 An Nur Group. Pada bulan Sept ini Kita ada 3 cincin biskut untuk dimiliki.. Terma dan syarat saya telah umumkan di lets Gather Legasi 1, yang di adakan di Melaka.
Semoga bulan 9 ini kita buat yang terbaik. Banyak hadiah menarik menanti anda..
Bulan 9 ni kita nak kongsi rezeki.. jom sertai kami..
Untuk keterangan Lanjut boleh terus menghubungi saya
Masa mula mula jadi agent n buat aktvt dengan boss Fauzi Ibrahim beliau rajin bawa makan kat warung2 area sini (tebrau dekat stor tiong nam).. dan rata rata tokey kat sini pelanggan takaful dia.. tokey warung ni pun pelanggan dia..
Jangan pandang sebelah mata dengan peniaga warung gini.. bayaran takaful dia sekeluarga pun dekat RM1k.. ada yang kerja bagus-bagus, Pakai kereta taknak yang buatan Malaysia, baju gatal kalau yang takder jenama.. gaya memang A.. TETAPI takaful takdee..Malu wey…
Untuk bincang plan takaful yang sesuai untuk anda, jangan malu boleh wasap saya.. wasap.my/60192699436
Alhamdulillah.. pencapaian kali ke 6, konsistant dari 2015, tahun ini mencapai 1 Juta permohonan baru pada bulan Ogos.
Bersyukur kehadrat ilahi, walau telah melahirkan Group Manager masih mampu mengekalkan pencapaian ini.. apa yang ingin saya sampaikan, potensi industri ini sangat baik untuk di sertai.
Terima kasih barisan pengurusan GETB yang banyak membantu kumpulan kami terutama tuan RM Wan Herman, BDE Sazali Zaharudin JB, BDE Azizi BP dan BDE Izzat Melaka.
Terima kasih juga kepada semua pelanggan yang mempercayai kami di An Nur Group amnya dan Legasi 1, An Nur Group khususnya.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami. Semoga kita sama sama berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Aminn
Alhamdulillah pada 6/8/2020 pejabat baru kami di setia tropika telah dirasmikan oleh CEO Great Eastern Takaful Berhad, tuan Shahrul Azlan Shariman.
Terima kasih atas sokongan semua dan kami berharap dengan adanya pejabat baru ini akan membuatkan kami bekerja dengan lebih keras lagi..
Dikesempatan ini saya ingin mempelawa pada yang berada di sekitar johor bahru dan berminat untuk menyertai kami sebagai perunding takaful. Anda bolehlah terus menghubungi saya.
GM dalam pendakian.. Nak naik kita buat tracking… setakat main congak congak jer takder maunya…
Semoga segalanya dipermudahkan urusan Masrinie Salim untuk menjadi Group Manager… walau pecah production takper.. tu satu cabaran untuk saya..
Kenapa harus naik, orang umah tu???
Ini persediaan saya jika saya telah tiada. memang perniagaan ini boleh di warisi… TETAPI saya mahu isteri saya dah berada dalam keadaan bersedia menguruskan perniagaan ini. Masa saya masih ada nilah saya boleh ajar selok belok di dalam perniagaan ini..
Saya baru berusia 39 tahun.. Masih terlalu awal bagi saya untuk rehat..
Selari dengan apa yang saya bawa di An Nur Group, kami memang berpegang dengan slogan melahirkan pemimpin baru setiap tahun sejak 2016 lagi.. JOm sertai kami, mungkin anda pemimpin kami yang seterusnya..
Berita baik buat semua pemegang sijil Great Eastern Takaful! 🤩
Kini anda tidak perlu membawa kad perubatan anda ke mana-mana dengan adanya aplikasi GetCare!
Mudah kan? Tak perlu risau jika tertinggal kad di rumah 😉
Selain kad e-medikal untuk kemudahan kemasukan ke hospital, GetCare juga mempunyai pelbagai akses lain seperti maklumat panel hospital, had penggunaan pelan perubatan anda serta banyak lagi sebagai rujukan pantas untuk penjagaan kesihatan anda.
Muat turun GetCare di Apple Store dan Google Play sekarang!
Ini pentingnya tahu ‘tempoh menunggu’, kekadang kami dah jelaskan bahawa akan ada siasatan utk sakit tertentu di bawah tempoh menunggu yg disenaraikan. Bila cakap siasatan bukan sekadar siasat awak betul2 sakit ke tidak, tapi siasat rekod2 lama awak juga.
Bila awak sihat kami beriya follow up sebab taknak terlambat, bila dah ada rekod nak submit pun tak cantik. Keputusan yang dapat pun belum tentu dapat cover.
Masa sihat nak berkira nak yang murah tiada masalah asalkan awak terus BERTINDAK, melainkan awak tahu 25jam lagi kemalangan akan berlaku, lepas 31hari sakit berjangkit mula menyerang, 121hari sakit dalaman mula muncul.
Jom mulakan persediaan awal dengan tindakan yg segera, medikal kad murah sedang promosi dengan diskaun 5% !!!
Ini bukan apa yang telah saya dapat. TETAPI apakah potensi yang ANDA boleh dapat..
Salah seorang testimoni kami, seorang Suri rumah anak 4, menyertai An Nur Group pada Nov 2019. Bermula dengan komisen bulan pertama RM156 dan kini lihatlah setelah 6 bulan bersama kami di An Nur Group mencecah RM5,000 sebulan. Dan saya pasti angka ini akan terus meningkat!
Sebelum ini pernah berkerja dengan pendapatan bersih sebulan RM2000, disebabkan kos penjagaan anak RM1200 sebulan (untuk 4 orang) belum termasuk kos kos lain beliau akhirnya memilih untuk menjadi suri rumah..
Kini segalanya lebih mudah kerana tumbesaran anak anak di depan mata sendiri dan masih mampu untuk menjana pendapatan yang lebih baik..
Tiada apa yang mustahil jika anda benar benar ingin berubah..
Jika anda berminat untuk bersama kami atau ingin mengetahui tentang potensi kerjaya takaful ini bolehlah terus menghubungi kami…
Kelas kami telah bermula… kita ingin rakan niaga baru kami berjaya bersama sama kami. Alhamdulillah malm ni lebih 55 rakanniaga baru kami menyertai Program Kami.
Road To Success Program Batch 2 An Nur Group.
Anda sertai kami, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan anda berjaya…
Road To Success Program An Nur Group Batch 2 akan bermula 14/6 ini. Kami #komited ingin memastikan semua perunding takaful baru kami berjaya bersama sama kami di Great Eastern Takaful Berhad.
Ini merupakan program khas kami di An Nur Group khas untuk perunding takaful kami yang baru..
Ada yang tanya apa yang bestnya jadi perunding takaful ni?
lebih lebih lagi apabila buat laki bini…
Ni nak bagi tahu.. Perkara paling utama, masing masing paham kerja memasing, dan perkara yang paling best apabila dua dua dapat trip percuma, dah boleh kira honeymoon free gitu… tahun lepas 3 pasangan ini lepas trip free ke Bali, tahun ini ke Bangkok pula..
Seronok tak guys kerja gini…
Anak Anak Sarifdin Baba ni kalau buat, dia akan buat sungguh-sungguh.. Lagi lagi tahun ni memasing dah jadi Group Manager.
Di dalam keadaan sebegini saya sangat menyokong tindakan penagkapan ini…. semoga semua orang dapat memberikan kerjasama dan masalah virus ini dapat ditangani segera…
perkongsian di whatapps ada yang dah kena dah denda RM1000 (tak boleh kurang wooo). nak try boleh la melepak kat luar.
Biasa tracking untuk Director Legasi 1 (untuk kenaikan ke Asst Agency dan Agency Manager) , Hari ni tracking untuk final year GM Masrinie Salim, kita hanya merancang selebihnya berserah kepada Allah… kita cuba buat sebaik mungkin.. semoga segalanya dipermudahkannya..
Ada yang tanya kenapa nak bagi mem naik GM, itulah An Nur Group, dah cukup syarat naiklah pangkat.. kita akan bagi sepenuhnya sokongan, kita takkan halang malah sangat menggalakkan kerana itu tradisi AN Nur Group.. dan itu yang kita janjikan untuk berjaya dan membina empayar perniagaan bersama sama.
ingin menjadi manager kami yang seterusnya? hubungi kami untuk keterangan lanjut
Assalamualaikum, alhamdulillah kini An Nur Group telah memiliki 4 legasi. Setiap legasi mewakili satu Group Manager..
Berikut adalah barisan kepimpinan dibawah Legasi 1, yang diketuai oleh saya Group Manager Rosazaman Sarifdin, 2 orang Agency Manager Tuan Khairul Nizam Mohamed dan Puan Masrinie Salim
Berikut pula barisan Director untuk legasi 1, beliau merupakan barisan lapisan pemimpin baru yang telah kami saring dan akan kami bimbing untuk menjadi Agency Manager.
Sangat seronok dapat membantu rakan niaga dan sama sama berjaya di dalam industri takaful ini. Berminat untuk mengetahui tentang kerjaya yang hebat ini? Hubungi saya untuk keterangan lanjut