Great Leo Award 2012/2013

great leoAssalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi, Pada tahun ini sekali lagi saya layak ke Great Leo Award sebagai Master Builder Award, kalau 2 tahun yang lepas hanya saya sahaja di dalam kumpulan yang lepas mendapat Great Leo Award kali ini 3 orang anak didik saya pula yang mengikut jejak langkah saya. Merupakan Great Leo Award  qualifier..

Beliau adalah:-

1- Puan Rafidah Abdul Ghani – Champion Rookie Agent (JB) 2012

2- Puan Masrinie Salim – 1st Runner Up Rookie Agent (JB) 2012

3- Ustaz Musyrif Khalil – Champion Rookie Agent (Melaka) 2012

Anda semua memang hebat. In Sha Allah tahun akan datang kita akan pastikan lebih ramai lagi ahli kumpulan kita yang layak.

Semua ini bukan terjadi dengan sengaja sebaliknya ianya memang di rancang dari awal lagi. Hasil perancangan yang betul menyebabkan anda semua layak. Tahniah sekali lagi..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

images

Kelas Membina Laman Blog..

Assalamualaikum…..

Alhamdulillah pagi tadi dapat membuat kelas pertama bagi membantu rakan-rakan membina Blog untuk memperkenalkan lagi takaful di persada maya ini.

Masing-masing begitu teruga untuk membuatnya. Segala kaedah dan ilmu yang sedikit yang saya ada saya berikan semuanya. Takper kita kongsi rezeki bersama-sama.

kelas membina blogIn Sha Allah kelas kedua akan di buat dalam masa terdekat..

Terima kasih kepada semua kerana memberikan kerjasama yang sangat baik.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Pentingnya meletakkan Penama/penerima hibah pada Takaful Anda

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda satu maklumat yang sangat penting berkenaan dengan takaful anda. Adakah anda sudah meletakkan penama/penerima hibah kepada sijil takaful anda? Ini kerana kegagalan anda berbuat perkara tersebut akan melambatkan proses pengeluaran pampasan tersebut kerana ianya terpaksa memalui faraid.

Untuk makluman, pampasan yang di terima oleh penama/penerima hibah hanyalah jumlah Tabarru sahaja, manakala nilai tunai yang ada tetap melalui faraid..

Jadi apa tunggu lagi, jika anda masih belum melakukannya buat sekarang hubungi agent takaful anda segera..

Di bawah ini saya sertakan  print skrin borang. Bukan apa ada yang kata ngan saya sebelum ini Great Eastern Takaful tak guna sistem hibah. Jadi tak selamat untu penyimpan…

hibahSo saya sertakan buktinya… Macam mana .. Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Pencapaian Quater ke 2, 2013

Assalamualaikum dan salam Ramadan semua.

Dikesempatan ni saya ingin megucapkan selamay menyambut Ramadam Al-Mubarak kepada semua umat islam yang membaca Blog saya ini. Bersyukur kita kerada di pertemukan dengan Ramadan kali ini. Semoga kita bersama-sama dapat  meningkatkan amalan kita kepada yang lebih baik In Sha Allah..

Alhamdulillah pada bulan yang mulia ini saya mendapat tahu pada quater ke 2 saya mendapat tempat ke 2 untuk Unit Sales Manager/Agency manager M.B.A (Master Builder Award) bagi ketegori Platinum.

Alhamdulillah ChampionTerima kasih kepada kumpulan An Anur Group. Kerana andalah saya berada di tahap ini. Sempena bulan yang baik ini saya berdoa agar penganugerahan ini akan memotivasikan saya lagi untuk terus dan terus mara kehadapan… Amin

Bukan itu sahaja. Saya juga ingin mempelawa anda di luar sana untuk bersama-sama saya membina kerjaya sebagai perunding takaful di Great Eastern Takaful. Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Plan Takaful Terbaik. Bukan pada harganya.

Assalamualaikum..

Bercerita tentang plan terkaful terbaik adalah sesuatu yang sukar di tentukan. Ada yang menilainya kebaikannya daripada harganya/sumbangannya, ada pula yang menilainya daripada manfaat yang di perolehi dan ada juga yang langsung tak ambil peduli tentang hal ini atas sebab percaya dan serah bulat-bulat pada agent. Bagaimana pula dengan anda?

Kenapa saya berkata begini kerana ianya berdasarkan daripada pengalaman berhadapan dengan bakal pelanggan. Rata perkara utama yang di lihat terlebih dahulu adalah harganya/sumbangannya tanpa membuat perbandingan “apple to apple”

Lebih teruk lagi nak bandingkan takaful dengan konvensional. Itu terang-terang tak sepatutnya.

takaful bukan pilihan

antara kenyataan yang biasa saya terima

“kenapa syarikat A punya murah jer yang Great Eastern Takaful mahal”

Untuk makluman kalau nak buat serendah badjet anda saya boleh buatkan, TETAPI saya melihat kepada apa yang sepatutnya anda miliki dan yang paling penting saya ingin memastikan manfaat yang anda perolehi mencukupi dan bukan hanya sekadar ada-ada sahaja.

Sebagai contoh; Saya ingin ke Johor menaiki kereta, saya boleh menaiki pelbagai jenis kereta samaada kancil, pesona civic, BMW dan sebagainya. Jika kereta tiada masalah pastinya saya akan sampai dengan selamat. Tetapi jika terlibat dengan musibah kemalangan misalnya, pastinya kecederaan lebih teruk jika saya menaiki kancil berbanding saya menaiki kereta-kerata yang lebih berkualiti. Mungkin anda pernah dengar orang berkata begini.

“Nasib baik naik kereta xxx kalau naik kereta yyy rasanya dah arwah dah”

Apakah maksud yang cuba di sampaikan di situ? Cuba renungkan.. Kesimpulannya yang murah tak semestinya yang terbaik.. Hubungi saya untuk mendepatkan penerangan lanjut tentang Great Eastern Takaful.

Tingkat nilai wang anda dengan mendapatkan manfaat yang sepatutnya dan bukan sekadar ada-ada sahaja. Tak rugi bertanya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

nak tunggu cukup duit baru ambil takaful, pasti tak ambil

Assalamualaikum.

Hari ini saya just nak kongsi satu komen daripada seorang cikgu daripada Terengganu. Cikgu ini sebelum ini pernah bertanyakan tentang plan haji dengan saya sebelum ini. Sila lihat sini

perkongsianSaya sangat-sangat setuju dengan statement beliau yang ini.

“kalu pk tak cukup bajet, sampai mati pun tak cukup bajet walau duit byk mana pun.”

Orang kita rela menghabiskan wang daripada perkara yang tak berfaedah seperti membelanjakan wang RM10 sehari untuk sekotak rokok, walaupun ia tahu itu adalah racun pembunuh secara perlahan..

Renung-renungkan..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Lumrah, Dah sakit baru nak ambil takaful..

Assalamualaikum..

rejected-insurance-claim-form

Hari ini saya ingin kongsikan satu pengalaman saya yang mana saya rasa bagus di jadikan pengajaran untuk kita semua.. Pada pendapat saya inilah lumrah yang berlaku kepada bangsa kita.

Kisahnya begini.

Pada minggu lepas saya di hubungi oleh seorang anak muda di selangor meminta saya berjumpa dengannya untuk mengetahui lebih lanjut tentang plan medical daripada Great Eastern Takaful. Seperti biasa, saya aturkan temujanji dan berjumpa dengannya.

heart bypass surgery

Antara soalan-soalan yang di tanya oleh pemuda itu.

Bolehkah mohon medical card jika sudah berusia 62 tahun, Tempoh boleh menggunakan menggunakan medical  card, dan lain-lain

Jawapan saya, Boleh ini kerana had umur untuk permohonan medical card di Great Eastern Takaful sehingga usia 70 tahun dan dengan syarat mesti sihat, Tempoh penggunaan seperti biasa… bla bla bla…

Dipendekkan cerita.

Sebenarnya dia nak ambil untuk ayahnya. Kini ayahnya ada masalah jantung dan kena buat pintasan. Kos rawatan menelan belanja hampir RM50,000. Sebab tu dia beria-ria nak dapatkan medical card.

Malangnya saya tak dapat nak bantu apa-apa. Di sebabkan itu dia beria-ria minta tolong. Yang tak boleh tahan tu siap kata nak bagi RM5,000 kalau boleh guna medical card. Saya kata jangankan RM5,000, RM20,000 dia nak bagi pun memang saya tetap tak boleh nak tolong. Takaful harus dimiliki semasa sihat dan bukan semasa sakit.

Kesimpulannya

1- Takaful harus dimiliki semasa anda sihat

2- Nilai wang anda sudah tidak bermakna untuk takaful jika masa nak mohon anda sudah sakit (kecuali agent yang tak beretika ambil juga demi keuntungan peribadi)

3- Agent takaful ni bukan seperti plumber yang mana dah bocor bau nak cari.

4-Takaful ni adalah wang anda di saat kecemasan..

Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan Medical card Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation