Jom sertai saya di Great Eastern Takaful

Assalamualaikum..

Semalam melihat television tenteng kejayaan Usahawan berjaya malaysia Dato Sani.  Antara tip tip kejayaan beliau untuk berjaya adalah-

1- Suka dengan pekerjaan yang kita lakukan, pekerjaan yang kita lakukan itu stress akan membuatkan kita tidak boleh pergi jauh. Orang yang menyukai pekerjaannya akan sanggup bekerja lebih masa.. tidak sesekali berasa penat dan lelah.

p/s: adakah kita happy dengan pekerjaan kita sekarang? hehehe

2- Berani mengeluarkan idea baru dan berani untuk melaksanakannya….

p/s: adakah kita begitu?

Oleh itu, Hari ini saya ingin mempelawa anda di luar saya yang masih tercari cari satu kerjaya yang pastinya membuatkan anda tersenyum..

Ini adalah hasilnya

segala kaedah, cara, tips, skill, idea, stratergy, perancangan dan segalanya saya curahkan kepada orang yang menyertai saya.. dan hasilnya..

Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Masrinie Salim kerana 1st Qualifier untuk Southern Region Ole Ole Jakarta.

untuk keterangan lanjut untuk bersama sama saya membina kerjaya di Great Eastern Takaful Hubungi

Rosazaman Sarifdin

012-2699436

Ragut Nyawa Wanita

Sekadar perkongsian.

” perubahan zaman dan gaya hidup menyebabkan pelbagai penyakit datang tanpa di undang dan tak mengira usia terutamanya kanser payudara yang bukan sahaja menyerang wanita tetapi juga gadis berusia 15 tahun”

Satu kenyataan yang sungguh menakutkan. apakah persediaan kita untuk orang tersayang?

Tahukah anda memiliki plan insuran atau takaful belum tentu dapat membantu anda. Ini kerana anda tidak memilih produk yang betul. Klik sini juka anda ingin lihat buktinya

Jadi pilihlah produk yang betul. Menyesal kemudian tiada gunanya..

Jika anda wanita, adakah suami anda benar2 sayang anda?.. Jika ya kenapa anda tida mahu mendapatkan manfaat penyakit kritikal tahap awal dari Great Eastern Takaful.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Mempromosi Vs Menyertai Insuran konvensional, Hukumnya?

Assalamualaikum…

Artikel hari ini agak panas sikit.. tapi saya hanya sekadar berkogsi bersama, peringtan ini juga turun untuk saya sama..

Hari ini saya mencari artikel2 berkenaan dengan Insuran konvensional. So berbagai2 hujah yang saya ketemui.. Sungguhpun begitu, saya berasa agak sedih bila ada sesetengah insan  menolaknya dan memberikah hujahnya sendiri..Tak tahulah saya sumber mana dia ambil pulak. Apa pendapat anda?

Lagi sedih bila kata peri pandangan dikata kita menggunakan agama untuk buat sales, Persoalan saya, bagaimana pula dengan tolak agama untuk dapatkan sales?

Berikut adalah sumber yang saya ambil

http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram

Ada juga yang menulis di wall FaceBook bertanya tentang ASB, Loan rumah konvensional, kad kredit konvensional dan sebagainya. kenapa saya tak menyentuh secara menyeluruh.

Di sini saya ingin menekan Takaful kerana ini bidang saya, dan ini adalah sumber rezeki untuk keluarga saya. Mungkin dulu sesetengah orang terlibat dengan konvensional kerana tiada pilihan. Dan sekarang kita sudah ada pilihan. Kenapa masih harus memilih konvensional?

Jadi bertukarlah kepada yang lebih baik..

buatkan saya quotation

Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram?

By: Abdul Muhaimin Mahmood
Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT.  [1] Rasulullah SAW bersabda;

وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2]  رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن

Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).
Merujuk kepada persoalan hukum insurans konvensional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional.
Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram. Berikut dilampirkan keputusan-keputusan muzakarah berhubung insurans konvensional:
Hukum insurans nyawa.
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
  1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
  2. Mengandungi unsur judi.
  3. Mengandungi muamalah riba.[3]
Hukum insurans am
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.[4]
Hukum mempromosikan produk insurans konvensional.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah.
Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba.
Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.[5]
Selain dari status hukum isurans nyawa, insurans am dan hukum mempromosikan produk tersebut, muzakarah turut membincangkan tentang status pampasan polisi insurans konvensional selepas kematian pembeli polisi, pada muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011..
Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
  3. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
  4. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (c) di atas.
Berdasarkan keputusan-keputusan yang disebutkan di atas, jelas menerangkan tentang status hukum bagi insurans konvensional. Justeru, umat Islam sewajarnya meninggalkan produk-produk konvensional yang telah diharamkan oleh Allah SWT.
Sebagai alternatif kepada produk-produk konvensional tersebut, umat Islam hendaklah mengambil produk-produk takaful yang patuh syariah yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan secara Islam.
Dewasa ini tiada lagi alasan darurat yang mendesak umat Islam untuk tidak mengambil dan menggunakan produk-produk perlindungan berasaskan takaful yang patuh syariah. Bahkan menjadi kewajipan pada mereka untuk mendokong produk-produk berasaskan takaful, sebagai menggantikan produk-produk konvensional yang diharamkan dalam Islam.
Sekarang ini pengguna boleh memilih syarikat-syarikat pengendali takaful patuh syariah, yang telah diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini terdapat 12 syarikat pengendali takaful yang patuh syariah di Malaysia sebagimana dipaparkan dalam web BNM[6].
Syarikat-syarikat tersebut ialah:
  1. AIA AFG Takaful Bhd
  2. AmFamily Takaful Berhad
  3. CIMB Aviva Takaful Berhad
  4. Etiqa Takaful Berhad
  5. Great Eastern Takaful Sdn Bhd
  6. Hong Leong MSIG Takaful Berhad
  7. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
  8. ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad
  9. Prudential BSN Takaful Berhad
  10. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  11. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
  12. MAA Takaful Berhad.
KESIMPULAN
Islam mewajibkan umat Islam mencari sesuatu halal dalam segenap perkara. Sehubungan itu, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk meninggalkan produk-produk perlindungan insurans konvensional kerana ia adalah produk yang tidak diharuskan dalam Islam.
Justeru, umat Islam di negara sewajarnya memastikan mereka hanya menggunakan produk-produk perlindungan takaful yang berteraskan Islam yang patuh syariah.

[1] Ibnu Kathir, Ismail bin Kathir, Mukhtasar tafsir Ibnu Kathir, Tahqiq, Hani al-Haj, Maktabah al-Taufiqiyyah, t.th, jld. 1, hlm. 203. al-Ghazali, Halal dan haram dalam Islam, Jasmin Interprise, 1998, hlm. 1.
[2] Al-Thabarani, Mucjam al-ausat, no. hadis, 8610, jld. 8, hlm. 270. Lihat, al-Haithami, Nur al-Din cAli bin Abi Bakr, Majmac  al-zawaid wa manbac al-fawaid, Bab talab al-halal wa al-bahs anhu, Dar al-Fikr, Bayrut, 1412H., no. hadis. 18099, Jld. 10, hlm. 520.

 

 

 

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah

Assalamualaikum,

Setiap orang ada pendapat masing2, saya sekadar ingin berkongsi.

sumber dari http://www.e-fatwa.gov.my

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.

 
 
Keterangan/Hujah:
  1. Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
  2. Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
  3. Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :

    ما حرم أخذه حرم إعطأوه

    Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.

  4. Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
  5. Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
  6. Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
  7. Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
  8. Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
  9. Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.

buatkan saya quotation

Alami dunia kesihatan yang baru…

Assalamualaikum..

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda petikan akhbar hari ini 8/10/2012..

Mungkin situasi sebegini takkan berlaku jika kita ada kesedaran awal. Atau gambaran yang lebih mudah ingin saya tunjukkan adalah seperti ini.

Kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik..

Hubungi saya jika anda ingin mengetahui plan perubatan dari Great Eastern Takaful. atau dapatkan Quotation percuma sekarang…

Rosazaman/Razman

019-2699436

buatkan saya quotation

Tiada yang mustahil, Yes or No sahaja..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana meminjamkan nikmat kesihatan kepada saya dan rakan seperjuangan saya..

Siang tadi saya menerima panggilan daripada salah seorang rakan seperjuangan berkata.

” bang tadi Great Eastern ada call, dia minta gambar saya, katanya gambar saya akan masuk newspaper. Saya  antara top agen baru yang layak. Contest Olympic. contest apa tu abang? abang takder cerita pun”  saya tergelak besor, itulah hasilnya jika buat apa yang di suruh.. pernghargaan datang kemudian…

Tahniah Ustaq Musyrif  nama berada di dalam Top 3 Takaful Rookie (agen baru) bagi kategori GE Olympic Great Achievers Advertisment

Malah bukan itu sahaja turut menempatkan nama di Velocity Magazine Recogntion. Top 10 Takaful agen..

Tahniah juga buat Masrinie Salim, Turut menempatkan nama juga di Top 10 takaful Rookie agen.. Tak sia-sia saya menurunkan ilmu…

Tiada perkara yang mustahil jika kita berkehendakan…

Jika anda ingin bersama sama saya membina kerjaya yang indah di Great Eastern Takaful anda bolehlah menhubungi saya..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436