AM Sahir Sarifdin

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

sahir

Nama: Sahir Bin Sarifdin

Sertai GETB: 15/09/2014

Insan yang banyak membantu An Nur The Great Agency dengan penambahbaikkan kepada sistem tracking dan sistem quotation. Sistem baru yang dicipta oleh beliau ini banyak membantu dan memudahkan lagi ahli kami untuk menjalankan perniagaan ini.

Insan ini merupakan abang sulong kepada GM Rosazaman Sarifdin, iaitu abang saya. Semasa beliau mula menyatakan hasrat untuk menyertai takaful bersama saya, terus terang saya katakan banyak perkara yang saya fikirkan, antaranya bolehkah dia buat sebab sepanjang saya mengenalinya, beliau seorang yang susah nak bercakap dengan orang. Selain itu yang paling utama, kenapa dia nak buat sedangkan kehidupannya dicemburui oleh adik beradik (senang kata dengan kerjayanya dan apa yang dia miliki). Saya hanya memberikan link exam TBE sahaja kepadanya untuk pendaftaran exam dah daftar baru hubungi saya kembali. Apabila dah daftar beliau menghubungi saya malangnya beliau mendaftar untuk part A dan B. hahahah. bermula dari situlah saya melihat kesungguhannya…

Dipendekkan cerita, berbaki dalam masa 3 bulan setengah saya menyuruhnya melepaskan diri ke tahap pertama (kutipan RM75k individu @ RM50k individu dan RM25 dari kumpulan). Memang bisingla beliau, katanya masa singkat sangat. Alhmdulillah dalam masa yang ada itu beliau berjaya membuat kutipan sebanyak (RM85k individu dan RM15k dari kumpulan) dan pada tahun berikutnya dengan total tahun 1  3 setengah bulan bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2016. Pada tahun yang sama juga atas usaha dan motivasi yang tinggi beliau telah melepasi syarat 1st year running Group Manager (GM) dan beliau telah berjaya melahirkan serang pemimpin baru di bawah seliaan beliau. Ini membuktikan sistem duplikasi yang kami bawa berkesan dan terbukti. Tahun ini 2018, merupakan tahun terakhir beliau sebelum bergelar GROUP MANAGER iaitu tahap yang  tinggi  yang di impikan oleh semua perunding takaful.

Ingin Jadi seperti kami?

Rosazaman Bin Sarifdin

Advertisements
Posted in berita, info, Kerjaya, motivasi diri | Tagged , , , , , | Leave a comment

AM Masrinie Salim

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin memperkenalkan seorang lagi kelahiran An Nur The Great Agency.

rinie.jpg

Nama: Masrinie Salim

Menyertai GETB : 18 April 2012

Alhamdulillah dalam masa 4 tahun 9 bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2017. Bukan itu sahaja pada tahun yang sama juga beliau telah berjaya melahirkan juga seorang Agency Manager di bawah rangkaiannya. Bekerja di bidang perakaunan pada awal penglibatannya dan pernah bergelar seorang guru akhirnya mengambil langkah untuk menjadi ejen sepenuh masa pada awal tahun 2013. Tujuan asal hanya untuk memberikan tumpuan kepada tumbesaran anak anak di samping mempunyai pendapatan sampingan. Pada posisi Agency Manager, Setelah melihat kepada potensi dan peluang yang ada, beliau telah berjaya melepaskan diri untuk syarat pertama ke Group Manager. Semoga beliau terus berjaya mencapai Group Manager pada 2020 nanti.

Ingin jadi seperti beliau?

Hubungi kami segera

Rosazaman Sarifdin

Posted in berita, Kerjaya | Tagged , , , , | Leave a comment

An Nur The Great Agency: Where Leader/Manager Are Made

Assalamualaikum

An Nur The Great Agency “Where Leaders/Manager Are Made” itulah slogan Goal Setting 2018 Annur Agency pada tahun ini. Terbukti tidak sampai 5 tahun An Nur Agency ditubuhkan, kini telah melahirkan 8 Agency Manager, 3 tahun berturut-turut sekurang-kurangnya dua orang dari An Nur Agency menikmati kenaikan pangkat.

26994973_10213514784521897_2139512509_n

Kepada teman-teman di luar sana yang ingin menyertai agensi takaful, pasti tidak kecewa memilih kami di An Nur Agency sebagai agensi pilihan. Leader komited di An Nur akan membimbing anda mencapai impian jadi untuk menjadi leader yang seterusnya. Di samping mempunyai sistem tracking yang terbaik, agency kami juga mempunyai template khusus proposal yang memudahkan untuk anda dalam menyediakan proposal perlindungan takaful kepada bakal-bakal client anda.

Pada tahun ini, kami mensasarkan:
– 5 Million Dollar Agency
– 2 orang GAM (Group Agency Manager)
– 3 orang AM (Agency Manager)
– 15 orang 1st Running AM (Agency Manager)
– 48 recruitement new active agent
– 100+ Agency

#WhereLeadersManagerAreMade
#AnnurTheGreatAgency

Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh hubungi saya

Rosazaman Bin Sarifdin

0192699436

Group Manager

Posted in info, Kerjaya, motivasi diri, Talk Kerjaya | Tagged , , | Leave a comment

BERANI BERIMPIA

Berani berimpian.. impian yang disematkan dalam diri semasa mula mula menyertai industri takaful ini (5 april 2011) sebahagian besarnya telah saya capai. Antaranya

1- Keluarga

Sebagai ketua keluarga, saya ingin memberikn yang terbaik untuk keluarga. Antara impian utama semasa menyertai takaful ini adalah ingin memastikan tumbesaran anak anak di depan mata. Alhamdulillah isteri saya telah berhenti kerja pada penghujung tahun ke 2 (feb 2013) saya di takaful. Kini beliau bersama sama saya mengembangkan industri ini. Kini waktu bersama anak lebih banyak berbanding dahulu.

2- Rumah

Bersyukur dengan rumah sebelum ini (2 bilik). Memandangkan saya mempunyai anak 5 orang. Impian untuk memiliki rumah yang lebih selesa untuk keluarga antara sasaran saya. Alhamdulillah impian ini tercapai pada tahun ke 3 (sain perjanjian jual beli pada mei 2014). Rumah siap pada sept 2016.

3-Kereta (Safety Car)

Ada yang kata asal kereta dah ok. Buat apa nak membazir. Setiap orang mempunyi pendapat yang berbeza. Memandangkan saya selalu memandu untuk jarak jauh (JB-KL) saya telah memilih Kereta Conti buatan Jerman. Yang ini saya peroleh setelah 4 tahun saya di dalam industri (june 2015)

4- Family Car

Cita cita ini saya sematkan dalam diri ingin memiliki family car selepas saya memasuki rumah baru. Selalu saya kongsikan impian ini bersama keluarga terutama anak anak supaya meransang saya untuk bekerja keras sentiasa. Alhamdulillah saya dapat mencapainya pada hari kelahiran saya yang ke 36 iaitu pada tahun 5, 4 bulan berada di dalam

Industri (ogos 2017

Jangan takut berimpian, tetapi pastikan tindakan kita selari dengan apa yang kita impikan..

Selamat berimpian

Rosazaman Sarifdin

Posted in Kerjaya, motivasi diri | Leave a comment

AM Amirul Faizal Ahmado

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

Nama : Amirul Faizal Bin Ahmad

Menyertai GETB : 10/3/2015

Alhmdulillah dalam masa 2 tahun 10 bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2018. Anak kelahiran Kuala Terangganu ini nekad utuk meninggalkan pekerjaan glamornya sebagai Engineer semata mata ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya barunya sebagai perunding takaful. Kini beliau boleh tersenyum kerana bukan sahaja kebebasan kewangan dan masa sahaja di peroleh malah apa yang di impikan telah menjadi miliknya.

Ingin Jadi seperti kami?

Rosazaman Bin Sarifdin

Posted in Kerjaya, pentingnya Takaful | Tagged , , | Leave a comment

AM Siti Norkamalia Binti Khalil

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

kam

Nama: Siti Norkamalia Binti Khalil

Sertai GETB: 10/12/2013

Sebut jer nama Siti Norkamalia Binti Khalil ni di GETB siapa yang tak kenal, kalau siapa yang kawan dengan di FB dia boleh tahu la macam mana dia buat kerja, Ke Utara, Selatan, Timur tu memang mainan dia. Badan kecik tapi ligat buat kerja..

Alhmdulillah dalam masa 2 tahun 1 bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2016 dan pada tahun yang sama juga atas usaha dan motivasi yang tinggi beliau telah melepasi syarat 1st year running Group Manager (GM). Pada tahun 2017 beliau telah melahirkan 2 orang pemimpin baru di bawah seliaan beliau. Ini membuktikan sistem duplikasi yang kami bawa berkesan dan terbukti. Tahun ini 2018, merupakan tahun terakhir beliau sebelum bergelar GROUP MANAGER iaitu tahap yang  tinggi  yang di impikan oleh semua perunding takaful.

Ingin Jadi seperti kami?

Rosazaman Bin Sarifdin

 

Posted in Kerjaya, motivasi diri | Tagged , , , , , | Leave a comment

AM Saharrudin Sarifdin

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

Nama: Saharrudin Bin Sarifdin

Sertai GETB: 8/10/2014

Alhmdulillah dalam masa 2 tahun 3 bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2017 dan pada tahun yang sama juga atas usaha dan motivasi yang tinggi beliau telah melepasi syarat 1st year running Group Manager (GM). Satu tahap yang di impikan oleh semua perunding takaful.

Dengan sistem yang ada pada agensi, kami yakin akan melahirkan lebih ramai lagi pengurus di bawah An Nur The Great Agency. Mungkin anda pengurus seterusnya yang kami cari.

Rosazaman Bin Sarifdin

Posted in Kerjaya, Pencapaian 2017, Talk Kerjaya | Tagged , , , , , , | Leave a comment