KENANGAN 2010

Gambar pada okt 2010, baru sampai Pasir Gudang dan sebelum join buat takaful. Asal ada kerja boleh dapat duit aku sebat jer.. aku ikut tuan Fauzi Ibrahim je sebab dia banyak lubang, maklumla kita orang baru kat sini. Dia pun masa tu dah suam2 buat insuran hihihi (sori boss).

Masa ni tengah jadi buruh binaan hahaha. angkat kayu untuk buat bim (rangka ) tangki air di Masjid Jalan Tasik, Sri Alam. Bukan tu sahaja, ada kalanya ikut wak Lamen p bakar satey untuk majlis yang dia dapat. Kadang kat kilang-kilang, ada masa kat rumah orang.

Kerja hakiki aku masa tu setiap jam 5-11 malam jual ayam goreng kat bahu jalan (dekat jalan tasik Sri Alam,depan rest toyyib). Kat tempat aku jual ayam ni la aku selalu lepak dengan bos Fauzi, yerla aku pun masa tu menumpang rumah bujang ( mat syam ) depan rumah dia. ( Masa ni mem Masrinie Salim masih di Puncak Alam, Selangor )

Satu perkara yang buat aku rasa sangat tertarik masa tu nak join buat insuran (masa tu la tak tahu beza dengan takaful) bila tengok komisen bos Fauzi maintain walau dah berbulan Aku kenal dia, tak pernah nampak dia pergi close (cari pelanggan) orang. Dengan kata lain dia servis pelanggan sediaada je. Kalau tak silap adalah sorang pelanggan dia close depan tempat aku meniaga,yang di rekmen oleh Ssahar Sarif (masa ni pelanggan Bos Fauzi).

Income dia yang maintain tu yang buat aku teruja.. dan aku cakap kalau buat betul betul pasti lagi masyuk… kalau nak tahu exam aku pun dia bayarkan… tq bos Fauzi… tanpa anda saya tak kenal industri ini…

Salam

Rosazaman Sarifdin

#kerjayaku#spirit637#AnNurGroup

Jom Bina Kerjaya bersama kami, PKP bulanlah alasan

Assalamualaikum,

Di kesempatan ni saya ingin mempelawa anda, atau anda ada kawan kawan yang ada yang ingin membina kerjaya sebagai perunding takaful, bolehlah menghubungi saya.

Latihan dan bimbingan akan diberikan sama ada secara online atau offline. Jadi bukanlah bkanlah satu masaalah lagi untuk berjaya di PKP ini. Kejayaan di tangan anda, dan anda yang menentukannya.

Jom sertai kami, An Nur Group telah terbukti mampu melahirkan pengurus baru setiap tahun. Ini disebabkan sistem yang ada di An Nur Group terbukti berkesan..

oh ya, kelas secara online akan bermula 31/1 ini. jadi hubungi saya segera untuk menjadi kelompok yang pertama untuk tahun 2021 ini..

Rosazaman Sarifdin Group Manager 0192699436

#spirit637#legasi1#AnNurGroup

Alhamdulillah 2 Juta Permohonan baru Lulus pada 2020

Alhamdulillah bersyukur.. walau 2020 penuh dengan dugaan dan cubaan Legasi 1 An Nur Group masih mampu melakukan sesuatu yang luar biasa. Tiada apa yang mustahil sebenarnya jika mempunyai keyakinan dan keazaman InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Alhamdulillah juga kerana Tahun ini merupakan tahun ke 6 tahun berturut turut saya selaku founder An Nur Group mengekalkan Million Dollar Agency sejak 2015. Pastinya pencapaian ini saya akan dikekalkan lagi pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua para pelanggan yang senantiasa menyokong kami di An Nur Group Khususnya dan di Legasi 1 AMnya, tanpa anda siapalah kami ini.

Terima kasih juga kepada barisan management GETB yang banyak membantu kami terutama Reginal Manager Sothern Region , BDE dan yang lain lain…