Orang bujang banyak hutang. SubhanaAllah..

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Rosyahaida Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Belia berumur antara 30 dan 40 tahun menjadi golongan paling tinggi menyertai Program Pengurusan Hutang (DMP) kendalian Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan jumlah keseluruhan melebihi 40 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian berkata, senario itu berkemungkinan didorong kesan bebanan hutang mahupun pinjaman yang diambil sejak awal khususnya ketika masih belum berumah tangga.

Selain itu, katanya, kedegilan golongan berkenaan untuk memanfaatkan kemudahan perlindungan insurans yang disediakan kebanyakan institusi kewangan menyebabkan mereka terbeban dalam masalah membayar bil perubatan.

“Daripada kes yang dikendalikan AKPK, kebanyakan golongan ini mempunyai masalah kewangan yang teruk sebaik mendirikan rumah tangga serta mempunyai anak. Pelbagai hutang termasuk kad kredit ataupun pinjaman peribadi yang dibuat ketika zaman bujang belum habis dibayar sedangkan kos hidup semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Berbanding zaman sebelum berkahwin, mereka hanya menanggung diri sendiri dan tidak perlu menampung perbelanjaan lain seperti keperluan anak dan sebagainya. Dalam rekod AKPK sendiri, dua pertiga daripada pelanggan kami terdiri daripada lelaki,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, katanya, kegagalan mengetahui secara mendalam mengenai pengiraan kadar faedah kad kredit juga menyebabkan ramai antara pengguna sering melambatkan pembayaran hutang berkenaan.

Menurutnya, dengan penggunaan RM3,000, pemegang kad kredit mengambil masa selama empat tahun lapan bulan untuk melangsaikan hutang berkenaan jika hanya membayar jumlah minimum iaitu RM150.

“Berdasarkan rekod Bank Negara Malaysia (BNM), hanya 60 peratus daripada jumlah pemegang kad kredit di negara ini melangsaikan sepenuhnya jumlah wang yang digunakan sementara bakinya membayar secara ansuran.

“Bayangkan berapa jumlah yang terpaksa kita bayar jika melengahkan pembayaran. Disiplin membayar secara penuh seharusnya dipupuk pada saat kita menerima kad kredit,” katanya.

Koid menyarankan pengguna terutama bagi mereka yang seringkali tersasar daripada perancangan asal perbelanjaan supaya menggunakan kad debit yang jelas lebih selamat serta bebas hutang. Secara keseluruhannya, pengguna di Kuala Lumpur adalah paling ramai merujuk kepada AKPK disebabkan masalah kewangan dan menyertai DMP anjurannya diikuti Johor.

plan saving takaful yang saya rasa terbaik untuk anda

Assalamualaikum pembaca semua..

Memperkenalkan 1 plan takaful yang komprehensif, memenuhi keperluan anda.

1-protect income (pencen ilat) manfaat yang dapat dipelolehi jika berlaku TPD disebabkan kemalangan. kita akan mendapat pampasan sehingga kita berusia 70 tahun. untuk manfaat ini anda boleh cover max 500,000x 10%=RM50,000 setahun

2- khairat kematian RM2000 secara percuma. manfaat ini anda akan dapat secara automatik jika anda mengambil plan takaful GE. ini bukanlah Rider

3- elaun hospital. elaun hospital sehari max yang anda boleh mohon adalah RM500 sehari. tetapi kelulusan bergantung pada pekerjaan anda.. manfaat ini anda boleh nikmati sehingga 500hari (120 hari setahun).. jika client masuk hospital (ICU) manfaat ini akan di gandakan.

4-penyakit peringkat awal (satu2nya syarikat takaful yang ada manfaat ini).. manfaat ini anda boleh nikmati apabila penyakit kritikal anda berada serendah tahap 10%.(tahap 1 dan 2)

5- penyakit peringkat akhir. semua syarikat takaful ada manfaat ini. yang mana manfaat ini dapat dinikmati apabila penyakit berada pada tahap 3-4. keistimewaan manfaat ini di takaful GE ianya di cover sehingga anda berusia 99 tahun.

6- kemalangan (comprenensif) manfaat ini akan meningkat sebangak 5% setahun secara percuma sehingga 10 tahun. bermaksud (daripada contoh) pada tahun ke2 manfaat kemalangan RM21,000 dah tahun ke 10 manfaat ini RM30,000. selain daripada itu anda juka boleh claim untuk pesakit luar RM25/1000 ( dari contoh RM25/20,000)=RM500 selain tu manfaat MC juga anda akan peroleh RM150 (MC seminggu)

7- carumam percuma sehingga anda berusia 99 tahun (semua syarikat ada)

8- simpanan (simpanan bergantung pada kelas pekerjaan dan usia anda) contoh yang saya berikan untuk pekerja kelas 1 umur 20 tahun.

9-Tabarru (sum assured)

perbezaan di sini apa yang saya tahu adalah penyakit peringkat awak dan protect income..

plan yang saya berikan ini tidak termasuk dengan kad perubatan pakar.

manfaat yang ada pada medical card Great Eastern takaful Sdn Bhd.

GETSB
1- had tahunan RM60,000 -200,000
2- had seumur hidup RM480,000- 1.6juta
3- room and bord 180 hari
4 -icu 180 hari
5- PA percuma RM10,000-20,000
6- Car Asst Program (towing percuma 60km)
7-Peningkatan dalam had tahunan 10% setiap 3 tahun (tanpa claim) RM6,000-20,000 setiap 3 tahun.
8- Co takaful (perkongsian bil) min 10% max RM500
9-Pesakit luar RM2,000-4,000
10- elaun hospital kerajaan RM50 sehari (max 120 hari)

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin

013-2626876