10 MDA pada Ogos

Assalamualaikum, sekali lagi kami melakar sejarah untuk 2024 di Great Eastern Takaful Berhad apabila berjaya mencapai RM10,000,000 permohonan baru yang pertama bagi tahun 2024. Pastinya semua ini tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa usaha dan kerjasama seluruh kenaga kerja An Nur Group Associates Legasi 1.

Secara tidak langsung juga kita telah mengekalkan permohonan baru RM1,000,000 setiap bulan. Saya yakin dengan usaha yang berterusan ini, sasaran untuk mencapai RM20,000,000 untuk tahun 2024 bukanlah suatu perkara yng mustahil. Kita mampu melakukannya.

Terima kasih juga barisan pengurusan Great Eastern Takaful Berhad yang banyak membantu dan memberikan dorongan kepada kami, dan terima kasih juga buat para pelanggan yang sentiasa menyokong kami. Tanpa anda siapalah kami.

Di kesempatan ini juga saya ingin mempelawa kepada anda yang berminat untuk menjana pendapatan dan berjaya bersama sama kami, menjadi sebahagian daripada keluarga kami di An Nur Group.

Free Trip ke bali

68 Bali Qualifier..

Semua dengan izinNya. Dalam membina pasukan pelbagai dugaan dan cabaran. Semoga kami dapat tempuh dengan jayanya.. kena sentiasa ingat Allah yang bagi jadi Hebat.

Bismillahi masya Allah

“Dengan menyebut nama Allah yang segala sesuatu terjadi atas kehendak dan kuasa-Nya. Tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Allah.

Semoga kami tidak lalai dan lupa.

Kita dengan cara kita. Dengan kuatnya ikatan kita, ukwah, pegangan serta semangat kita. Dibawah satu nama An Nur Group Associates akan Terus melakar sejarah di GETB.

DREAM . PLAN . DO IT