Pentingnya Pelindungan Takaful

Assalamualaikum  pembaca semua..

“Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam secara keseluruhanya…” (Al Baqarah: 208)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

… Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Persiapan untuk mengharungi sebarang ketidakpastian atau ujian-ujian dari Allah s.w.t. itu, contohnya seperti kematian, hilang-upaya kekal, penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya, bukanlah satu usaha yang ingin melawan takdir Allah s.w.t. yang diperkatakan oleh segelintir ahli masyarakat. Ini merupakan satu pandangan yang dangkal dari orang-orang yang jahil tentang agama Islam. Dalil yang mewajibkan seseorang itu mesti berusaha terlebih dahulu sebelum bertawakkal kepada Allah semata-mata adalah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. terhadap seorang arab badui yang meninggalkan untanya tanpa diikat tali terlebih dahulu dan lalu berserah kepada Allah s.w.t. semata-mata, yang bermaksud: “Ikatlah tali unta kamu dahulu dan kemudian barulah berserah kepada Allah s.w.t.” (Riwayat: At-Turmuzi)

Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar/usaha untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidakpastian yang mungkin berlaku keatas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka di masa-masa akan datang. Selagi umat manusia terdedah terhadap ketidakpastian dan risiko selagi itulah perlindungan kewangan Takaful itu amat diperlukan sebagai satu ikhtiar/usaha terlebih dahulu sebelum seseorang itu terus bertawakkal kepada Allah s.w.t. semata-mata.

untuk keterangan mengenai takaful sila hubungi:

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

 

Salam Maal Hijrah 1433/2011

maal hijrah, sambutan maal hijrah 1433, maal hijrah tahun 2011, maal hijrah 1433, maal hijrah logo, maal hijrah 1433 poster, banner maal hijrah 1433

Alhamdulillah, tahun ini kita akan mengakhiri tahun baru (takwim Islam) sempena tahun baru maal hijrah 1433 Masihi. Tarikh 1 Muharam atau sambutan tahun baru hijrah adalah perkara yang telah sedia maklum dan difahami oleh kebanyakan orang. Telah banyak perkara berkaitan dengan sejarah hijrah dan juga sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW diperbincang setiap kali sambutan Maal Hijrah.

Namun demikian tidak dinafikan juga kemungkinan kita terlepas pandang atau tidak menyedari tentang peristiwa sejarah yang berlaku itu mempunyai pengajaran dan iktibar yang amat bermakna.

Tema Tahun ini.

Tema sambutan maal hijrah 1433 ialah ` Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ dan dijangka akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu   Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Doa akhir tahun dan awal tahun.

Sebelum hari Ahad 27 November 2011, pada Sabtu petang, 26 November 2011 ( 30 Zulhijjah 1432H)  kita digalakkan membaca doa akhir tahun,lebih kurang pukul 6 petang dah stanby dekat masjid /surau. Manakala  selepas solat maghrib elok membaca doa awal tahun dan seterusnya bacaan Yassin dan doa selamat.