
Assalamualaikum,,
Alhamdulillah tahun 2016 ini Annurians kami tutup dengan jayanya. Kami sangat bersyukur walau matlamat agensi tidak berjaya di capai. Tetapi semangat kerjasama yang di tunjukkan di kalangan keluarga Annurians sangat membanggakan..

Kami menutup 2016 dengan jualan sebanyak 1.602 Juta permohonan baru yang berjaya, 73 dan jumlah tenaga kerja. sasaran awal 2.0 Juta dan 100 tenaga kerja. Walau apapun kami sangat bersyukur dengan pencapaian tersebut.

Lebih membanggakan lagi 3 orang Agency Manager baru dilahirkan (Saharrudin Bin Sarifdin, Khairul Nizam Bin Mohamed dan Masrinie Binti Salim). Bukan itu sahaja 5 orang 1st year running Agency Manager berjaya kami lahirkan (Hjh Ospuriah Binti Mustapha, Nurul Ain Binti Zulkafli, Amirul Faizal Bin Ahmad, Ayizam Bin Azhar dan Siti Nur Solehah Binti Jumaat). Tidak ketinggalan juga 2 orang Agency Manager kami pada tahun ini telah maju selangkah lagi untuk mara ke 1st year Running Group Manager (Hj Sahir Bin Sarifdin, dan Siti Norkamalia Binti Khalil).

Kami yakin dengan sistem yang kami miliki, kami mampu melahirkan lebih ramai lagi pemimpin di dalam industri takaful ini. Bermula dengan pembukaan HQ An Nur The Great Agency di Mount Austin, Johor pada Mac 2014, kami melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan di Paya Emas, Melaka pada April 2015, dan terbaru cawangan kami di Sek 27, Shah Alam pada Nov 2016. Ini bukti kami betul-betul komited untuk berjaya bersama.
Misi kami untuk melahirkan 20 orang Agency Manager menjelang 2020. Anda yang kami cari.
Jom Sertai kami.
Rosazaman Sarifdin
019-2699436
Founder – An Nur The Great Agency
Group Manager – Great Eastern Takaful Berhad