Alhamdulillah RM 3 Juta permohonan baru sehingga Oktober 2022

Alhamdulillah.. ini hasil kerjasama semua business partner dan kumpulan. Kita berjaya capai RM3,000,000 permohonan baru pada okt 2022.

Terima kasih para pelanggan kerana memberikan kepercayaan kepada kami. InsyaAllah amanah ini akan kami pegang sebaik mungkin.

Terima kasih pihak pengurusan GETB atas segala bantuan yang di berikan kepada kami..

Tahniah buat seluruh ahli kumpulan yang di ketuai oleh

AM Amirul Faizal Ahmad
AM Ain Zulkafli
AM Norjanah Hamit Marikan
AM Mohamad Ridzuan Baharuddin
AM Muhammad Nazif
AM Siti Fatimah

#AnNurGroup
#AnNurGroupAssociates 

An Nur Group Di Kuching Sarawak

Assalamualaikum,

Alhamdulillah termetrai sudah usahasama di antara Legasi 1 An Nur Group dengan Al Janah Agensi di Kuching Sarawak. Semoga denga usahasama ini akan mengembangkan lagi kumpulan An Nur Group di Borneo..

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengemudi kumpulan ini. InsyaAllah saya akan bantu dan buat yang terbaik. Semoga kita semua berjaya bersama.

Alhamdulillah pada 5-8/11/2021 mengambil peluang untuk berada di bumi Sarawak. Walau perbagai halangan sebelum ketibaan di sana, ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat saya. Perancangan telah dibuat, segala tentatif Jtelah di atur dengan baik. Alhamdulillah setiap masa di penuhi dengan aktiviti bermanfaat yang telah di susun rapi.

Dari sesi suai kenal, ke Personal Coaching, TBOSS sehinggalah ke jamuan makan malam. Semuanya Alhamdulillah berjalan dengan lancar.. Saya yakin, Al Janah Agency mampu buat yang terbaik, dan mempunyai kekuatan tersendiri.

Majlis penutup, makan malam bersama

InsyaAllah pada Jan 2022 ini kita akan berjumpa lagi untuk aktiviti Kick Start. Kita akan melakar sejarah untuk 2022.

GM Rosazaman