RM23 Juta permohonan baru An Nur Group 2023

Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah..Kerana dengan izinNya An Nur Group Malaysia secara keleluhuran berjaya mencapai RM23,000,000 permohonan beru untuk 2023.. peningkatan sebanyak 100% berbanding 2022. Ini membuktikan kesedaran terhadap takaful semakin meningkat.

Terima kasih Para pelanggan kami, tanpa anda semua siapalah An Nur Group Malaysia, InsyaAllah amanah dan tanggungjawab ini akan kami galas sebaik mungkin, Terima kasih juga atas kepercayaan yang di berikan kepada kami.

Buat pihak pengurusan Great Eastern Takaful Berhad, terima kasih kerana banyak membantu dan memudahkan segala urusan kami.

InsyaAllah untuk tahun 2024 ini kami An Nur Group Malaysia akan buat yang lebih baik,

Rosazaman Sarifdin, Founder An Nur Group

“KEJAYAAN” BAGI SAYA

KEJAYAAN BAGI SAYA.

Bukanlah harus di ukur pada apa di miliki oleh seorang leader. Tetapi berapa banyak add on value yang dapat di bawa kepada rangkaiannya..

Ini Kisah penambah baikkan kepada rakan niaga kami. Seorang suri rumah yang tiada basic sales, menyertai kami pada 15/2/2022 secara sepenuh masa. Pada disember 2022 berjaya memiliki kereta proton suv baru.

Memangla pada sesetengah orang ni bukan la kereta gempak pun, kurang kurang lambang kejayaan mec atau bmw. Tapi pada saya dari seorang suri rumah dapat memiliki suv dah cukup cukup hebat dah. Lebih lebih lagi keluarga beliau tiada kenderaan sendiri.

Pencapaian terbaru beliau pada jumaat lepas, pembiayaan rumah pertama beliau telah lulus. Alhamdulillah 100% menggunakan statment komisen GETB. Walau rumah subsales pun kami dah cukup cukup rasa bersyukur. Kalau tak silap kami harga rumah tersebut yang di maklumkan berharga 470k.

Kalau tanya saya pun kami akan minta rangkaian kami untuk utamakan rumah dahulu, kerana kereta akan ada susut nilainya.

Kini dah hampir 1tahun 8bulan bersama kami, pendapatan seorang suri rumah ini sekitar RM10k. Bukan itu sahaja, malah beliau juga telah dapat membantu rakan rakannya juga untuk sama sama menjana pendapatan di getb. Benda baik harus di kongsi kan..

InsyaAllah tahun hadapan, suri rumah ini akan di naikkan pangkat ke Agensi Manager.. dan telah ada 18 rakan rakan bersamanya.

Sebenarnya semua orang ada potensi, cuma kita taknak memberi peluang kepada diri kita untuk buat sebaik mungkin..

Senang ke nak buat? Senang ke nak naik pangkat?

Semua mainan fikiran, apa yang anda fikirkan itulah akan terjadi..

Salam..

Rosazaman Sarifdin

Hanya membantu..

Takaful bagi bonus RM500- RM10,000 sebulan

Peluang untuk menjana pendapatan bersama kami.. penggal pertama 2023 (secara separuh masa) 91 orang bersama kami, dan bulan 3 sahaja RM83,500 bonus berjaya rakan niaga kami perolehi sehingga min RM500 sehingga max RM3,000..

jangan tunggu lama lama.. peluang ini tak selalu ada… Jangan biarkan peluang itu berlalu begitu sahaja..

Di Pinang Untuk Tukar Kapal??

Assalamalaikum..

Syukur alhamdulillah kini rangkaian An Nur The Great Agency melangkah setapak lagi dengan melebarkan sayapnya ke Peneng. Semoga apa yang di cita-citakan agar An Nur The Great Agency menjadi MEGA Agency tercapai..

Sungguh tidak di sangka, rupanya ada yang memerhati dan cuba untuk meminang agar menukar kapal.. Ini bukan kali pertama, malah bukan juga kali kedua tetapi sudah masuk kali ke 3 di pinang oleh syarikat Insuran/Takaful lain.

ofer

Terima kasih atas pelawaan tersebut, sesungguhnya saya memang tiada masalah dengan Great Eastern Takaful Berhad. Malah saya rasa berbangga kerana bermula dari bawah dan berjaya mencapai tahap tertinggi industri.

Banyak point yang digunakan untuk peminangan ini, Dari latihan dan bimbingan, seminar, kemudahan kemudahan dan sebagainya. Apa yang saya ajukan, jika ingin melihat industri ini growth, mengapa harus memilih jalan pintas dengan membuat ofer kepada orang yang berada di dalam industri yang sama. dengan cara ini industri tidak akan berkembang.

Selain daripada itu, beliau kata sejak 2013- kini  jumlah pemimpin yang ada di southern tidak bertambah (menjadi average sebab dimote dan direct appoint baru). 2 di melaka dan 6 di johor. Kat sini saya pelik kata sistem bagus takkan tak berkembang… saya juga ajukan soalan dengan sistem yang bagus, ramai rakan rakan saya yang berada di sana, dengan usia perniagaan yang sama dengan saya tetapi masih berada di rank agent.

Alhamdulillah saya sangat bersyukur berada di Great Eastern Takaful Berhad, dari awal penubuhannya sehingga kini, dan saya dah mula nampak setiap tahun semakin ramai pemimpin pemimpin baru dilahirkan. Malah bukan itu sahaja kalau tahun 2015 saya berjaya melahirkan 2 unit manager. Insya Allah tahun ini akan ada 3 lagi unit manager akan saya lahirkan. Saya bertekad setiap tahun akan melahirkan unit manager. INI BARU DI NAMAKAN CAREER DEVELOPMENT.

Salam..