Misi Banjir Terengganu

MISI SERAHAN BANTUAN BANJIR AN NUR GROUP MALAYSIA

Alhamdulillah, misi penyerahan bantuan banjir anjuran An Nur Group Malaysia telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Bantuan ini adalah hasil sumbangan ikhlas daripada keluarga besar An Nur dan para dermawan yang turut menyokong inisiatif ini.

Walaupun dirancang dalam tempoh masa yang singkat, misi pertama ini berjaya direalisasikan dengan penuh dedikasi. Kami bersyukur dapat menyalurkan bantuan kepada 100 buah keluarga yang terkesan akibat banjir di dua kawasan di daerah Dungun, iaitu:

✅ Kampung Tanjung Pagar Nibong
✅ Taman Rakyat Jaya

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga An Nur Group Malaysia atas sokongan padu yang diberikan, serta kepada para sukarelawan yang sanggup meluangkan masa untuk menjayakan misi ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada:
• Tuan CEO GETB, Encik Jze Shahriman,
• Encik Borhanudin Samsudin,
• Encik Ehsan Abd Rahman,
• Cik Yatt Saiman,

atas sokongan penuh dan bantuan yang diberikan dalam memastikan kelancaran misi ini.

Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban dan membawa sedikit keceriaan kepada mereka yang terkesan akibat musibah banjir. Kami berdoa agar misi-misi bantuan seperti ini dapat diperluaskan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai pihak.

In shaa Allah, semoga segala usaha ini diberkati dan memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih.

INDAHNYA REZEKI ALLAH

Nampak happy je ya ko buat takaful ni laki bini..

MasyaAllah mahu tak happynya.. banyak perkara yang dapat saya selesaikan dengan industri ini.. lebih lebih lagi tahun ini 2023.

Masih terngiang ngiang lagi di telinga.. kata seorang ust.

Setiap tahun pergi melancong, tukar dan tambah kenderan, tambah rumah, tambah kedai dan macam macam lagi nikmat Allah bagi. Tapi kenapa tak dahulukan apa yang wajib sebagai hamba Allah.

Ini bukan soal MAMPU, tetapi tak benar benar MAHU.

Banyak lagi teguran teguran yang menusuk kalbu. Kalau nak tulis panjang. Satu satu terasa kena pada batang hidung.

MasyaAllah terus tersentuh dan rasa malu dengan diri sendiri. Apa yang telah aku lakukan ini ya Allah. Maafkan aku.

Tahun 2023 berazam dan nekad untuk pergi menunaikan haji menggunakan pakej under Tabung Haji. (Kalau ikut muasasah 2039). Alhamdulillah segalanya dipermudahkan urusan.

Benarlah kata ustaz itu menunaikan haji itu “perniagaan yang tidak akan rugi”. Untuk perniagaan kita sanggup melabur dengan kereta mewah (orang buat sales nak kena ada benda ni konon), rumah ofice cantik. Sekali lagi saya terkena..

Allah boleh bagi, allah juga boleh ambil bila bila masa.

Tak sangka sejak azam untuk pergi haji 2023 sehingga balik rezeki Allah gantikan melimpah ruah dan tidak terjangka. MasyaAllah..

Ni bila jumpa ust tu, dia cakap haji man. Sekarang nak beli kapal terbang pun takper takder siapa nak marah sebab yang wajib dah buat. Tak tahu la tu, nak perli ke apa tu..

P/s Banyak banyak pergi melancong. Saya tetap memilih ke mekah dan madinah adalah yang terbaik. Rindu itu selalu datang.

Pautan Kasih Ramadan 2

Pautan Kasih Ramadan 2

Alhamdulillah program menyantuni anak-anak yatim kembali lagi.

Buat kali kedua, An Nur Group Associates berbesar hati untuk meraikan anak-anak yatim bergembira di bulan Syawal ni dengan sepasang pakaian baju raya yang baru 🥰

Kami usahakan untuk menyantuni 30 orang anak-anak yatim.

Mari sama-sama menyokong program ini dengan menghulur sumbangan ke akaun berikut:

Affin Bank

100730092864

An Nur Group Associates

Rujukan : anak yatim

JOM JANA PENDAPATAN XTRA

Alhamdulillah permulaan yang baik untuk jan 2023. 14 telah mendaftar untuk bersama kami.. ada lagi 12 lagi yang akan exam sehingga hujung bulan ini..

Masing masing merebut untuk memasuki program terbaru dari Getb. Premier First yang memberikan bonus tambahan RM500-RM3000 sebulan..

Bulan lepas sahaja 14 daripada 23 yang menyertai program ini berjaya mendapat bonus tambahan.. apa tunggu lagi. kami bimbing sampai jadi..

Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

#AnNurGroup

#20millionDollar

#spirit637

Keluarga baru 637 ku

Alhamdulillah penantian satu penyiksaan.. hampir 6 bulan menunggu 4×4 mitsubitsi Triton..

Di saat akhir saya bertukar ke Ford Raptor.. Perancangan Allah yang terbaik, rezeki saya kerana hanya menunggu hanya sebulan. Sedang elok Ford nak keluar baru Triton sampai Q.. Apa nak buat, takder rezeki dengannya..

Tak sampai usia 2 minggu Ford ini Alhamdulillah kita dah gunakan untuk misi kemanusiaan.. Misi banjir di Terengganu.. Ada yang tanya takut ke kereta calar… takperla saya lagi takut nanti Allah tanya jika tak di gunakan..

Wisma An Nur Group

Semua Bermula dengan angan angan..
Kita kemasi dengan tindakan..

Alhamdulillah berkat kesabaran kini dah memiliki wisma sendiri..

Saya namakan ia Wisma An Nur, semoga ianya terus bersinar dan memberikan cahayanya seperti matahari.

Masih Ingat lagi masa di awal penglibatan ramai yang menentang untuk meneruskan kerjaya sebagai perunding takaful. Ya la bidang ni bidang rejection.. bidang yang penuh cabaran..

Benarlah kata orang..

Kalau takut di lambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai,
Kalau mencuba pun tak tergamak,
Jangan harap impian akan tercapai.

Orang yang bijaksana
Nampak peluang dan rebut dan buka peluang lagi.
Orang yang bijak
Nampak peluang dan rebut
Orang yang rugi
Nampak peluang biarkan ianya berlalu saja.
Orang yang sangat rugi
Kita Nak cerita peluang pun dia tak bagi kita peluang..

GM Rosazaman Sarifdin
An Nur Group Associates

Pautan Kasih Ramadan 2022

Alhamdulillah, 9/4/2022 berakhir sudah program kami Pautan Kasih Ramadan bersama 30 orang anak anak yatim.

Kita meraikan mereka dengan pakaian raya baru di Jakel BBU. Terima kasih para penyumbang dan warga An Nur Group Associates yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Doakan kami terus istiqomah dan dapat meneruskan lagi program seperti ini.

An Nur prihatin..

Alhamdulillah semalam Annur Group telah berjaya melaksanakan program Annur Prihatin 4.0.

Untuk makluman, ini merupakan program ketiga bantuan yang di kelolakan oleh Annur Group. Kali ini, GM Hj Sahir Sarifdin selaku GM Legasi 2 (Annur Great Agency) telah diamanahkan sebagai penyelaras program.

Program kali ini mensasarkan bantuan kepada golongan ibu tunggal, golongan asnaf atau keluarga yang terjejas pendapatan ekoran pandemik covid 19. Sasaran bantuan lebih tertumpu kepada penduduk yang berhampiran.

Sasaran awal bantuan hanya untuk 25 buah keluarga sahaja di sekitar Shah Alam, Semenyih, Kuantan dan Pekan. Alhamdulillah sumbangan yang diterima di kalangan team Annur Group dan juga golongan perseorangan telah membolehkan sumbangan diberikan kepada 42 buah keluarga.

Terima kasih kami ucapkan kepada pemberi sumbangan. Semoga segala amal kebaikan kita diterima oleh Allah.Berikut adalah perkongsian dokumentasi aktiviti semalam. #AnNurGroup#AnnurPrihatin3.0

Kongsi Rezeki 3.0

Alhamdulillah Selesai sudah program kongsi rezeki untuk bulan ini, sumbangan kali ini berupa air mineral (akan terus dihantar oleh orang kilang sebanyak 84kotak x24) dan makanan ringan.

Menurut tuan Nizam, PKRC pasir gudang sudah lama tidak menerima sumbangan makanan ringan. Jadi mana mana agensi yang berminat bolehlah menghulurkan bantuan..

Terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan program pada kali ini..semoga kalian semua diberikan kesihatan yang baik serta dilimpahkan lagi rezekinya.

Salam sayang

#kongsirezekibersama

Kongsi Rezeki 2.0 An Nur Group

kongsi rezeki 2.0 An Nur Group.

Alhamdulilah selesai angkat barang Kami di sambut dengan hujan yang lebat. Allah menurunkan rahmatnya..

Terima kasih kepada para penyumbang untuk program kali ini. 47 keluarga dapat di bantu. Rezeki Allah, Alhamdulillah ada pertamahan lagi 24 keluarga. Yang itu kita akan agihkan pada sesi kedua.

Terima kasih pengerusi majlis kali ini Nor Ashikin Mohamad atas pemilihan tempat sumbangan.

AnNurGroup

spirit637