1 Million Dollar Agency Terpantas di GETB 2024

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya Agensi kami telah mencapai 1MDA terpantas di Great Eastern Takaful Berhad bagi tahun 2024.

Pastinya semua ini tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa usaha kuat seluruh warga An Nur Group Associates Legasi 1. Anda semua memang hebat. Bukan itu sahaja salah seorang daripada kami juga merupakan 1st qualifier untuk company wide bagi trip ke Bali Indonesia.

Tahniah buat Muhammad Farith Bin Azman atas pencapaian yang sangat membanggakan kami. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.

Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan anda semua. Tanpa anda siapalah kami. Doakan kami An Nur Group Associates agar dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Aminn

Rosazaman

9-10 dan ke 11 MDA di Disember 2023

Assalamualaikum..

Pastinya semua ini jadi dengan izinNya.

Pada bulan disember 2023 sejarah untuk An Nur Group Associates tercipta. Bukan itu sahaja Sejarah untuk Great Eastern Takaful Berhad Southern Region juga tercipta apabila rekod melepasi 11MDA.

Terima kasih kepada semua.. Yang baik itu dari Allah dan yang lemah dan buruk itu datangnya dari kami..

RM23 Juta permohonan baru An Nur Group 2023

Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah..Kerana dengan izinNya An Nur Group Malaysia secara keleluhuran berjaya mencapai RM23,000,000 permohonan beru untuk 2023.. peningkatan sebanyak 100% berbanding 2022. Ini membuktikan kesedaran terhadap takaful semakin meningkat.

Terima kasih Para pelanggan kami, tanpa anda semua siapalah An Nur Group Malaysia, InsyaAllah amanah dan tanggungjawab ini akan kami galas sebaik mungkin, Terima kasih juga atas kepercayaan yang di berikan kepada kami.

Buat pihak pengurusan Great Eastern Takaful Berhad, terima kasih kerana banyak membantu dan memudahkan segala urusan kami.

InsyaAllah untuk tahun 2024 ini kami An Nur Group Malaysia akan buat yang lebih baik,

Rosazaman Sarifdin, Founder An Nur Group