“KEJAYAAN” BAGI SAYA

KEJAYAAN BAGI SAYA.

Bukanlah harus di ukur pada apa di miliki oleh seorang leader. Tetapi berapa banyak add on value yang dapat di bawa kepada rangkaiannya..

Ini Kisah penambah baikkan kepada rakan niaga kami. Seorang suri rumah yang tiada basic sales, menyertai kami pada 15/2/2022 secara sepenuh masa. Pada disember 2022 berjaya memiliki kereta proton suv baru.

Memangla pada sesetengah orang ni bukan la kereta gempak pun, kurang kurang lambang kejayaan mec atau bmw. Tapi pada saya dari seorang suri rumah dapat memiliki suv dah cukup cukup hebat dah. Lebih lebih lagi keluarga beliau tiada kenderaan sendiri.

Pencapaian terbaru beliau pada jumaat lepas, pembiayaan rumah pertama beliau telah lulus. Alhamdulillah 100% menggunakan statment komisen GETB. Walau rumah subsales pun kami dah cukup cukup rasa bersyukur. Kalau tak silap kami harga rumah tersebut yang di maklumkan berharga 470k.

Kalau tanya saya pun kami akan minta rangkaian kami untuk utamakan rumah dahulu, kerana kereta akan ada susut nilainya.

Kini dah hampir 1tahun 8bulan bersama kami, pendapatan seorang suri rumah ini sekitar RM10k. Bukan itu sahaja, malah beliau juga telah dapat membantu rakan rakannya juga untuk sama sama menjana pendapatan di getb. Benda baik harus di kongsi kan..

InsyaAllah tahun hadapan, suri rumah ini akan di naikkan pangkat ke Agensi Manager.. dan telah ada 18 rakan rakan bersamanya.

Sebenarnya semua orang ada potensi, cuma kita taknak memberi peluang kepada diri kita untuk buat sebaik mungkin..

Senang ke nak buat? Senang ke nak naik pangkat?

Semua mainan fikiran, apa yang anda fikirkan itulah akan terjadi..

Salam..

Rosazaman Sarifdin

Hanya membantu..

INDAHNYA REZEKI ALLAH

Nampak happy je ya ko buat takaful ni laki bini..

MasyaAllah mahu tak happynya.. banyak perkara yang dapat saya selesaikan dengan industri ini.. lebih lebih lagi tahun ini 2023.

Masih terngiang ngiang lagi di telinga.. kata seorang ust.

Setiap tahun pergi melancong, tukar dan tambah kenderan, tambah rumah, tambah kedai dan macam macam lagi nikmat Allah bagi. Tapi kenapa tak dahulukan apa yang wajib sebagai hamba Allah.

Ini bukan soal MAMPU, tetapi tak benar benar MAHU.

Banyak lagi teguran teguran yang menusuk kalbu. Kalau nak tulis panjang. Satu satu terasa kena pada batang hidung.

MasyaAllah terus tersentuh dan rasa malu dengan diri sendiri. Apa yang telah aku lakukan ini ya Allah. Maafkan aku.

Tahun 2023 berazam dan nekad untuk pergi menunaikan haji menggunakan pakej under Tabung Haji. (Kalau ikut muasasah 2039). Alhamdulillah segalanya dipermudahkan urusan.

Benarlah kata ustaz itu menunaikan haji itu “perniagaan yang tidak akan rugi”. Untuk perniagaan kita sanggup melabur dengan kereta mewah (orang buat sales nak kena ada benda ni konon), rumah ofice cantik. Sekali lagi saya terkena..

Allah boleh bagi, allah juga boleh ambil bila bila masa.

Tak sangka sejak azam untuk pergi haji 2023 sehingga balik rezeki Allah gantikan melimpah ruah dan tidak terjangka. MasyaAllah..

Ni bila jumpa ust tu, dia cakap haji man. Sekarang nak beli kapal terbang pun takper takder siapa nak marah sebab yang wajib dah buat. Tak tahu la tu, nak perli ke apa tu..

P/s Banyak banyak pergi melancong. Saya tetap memilih ke mekah dan madinah adalah yang terbaik. Rindu itu selalu datang.

7MDA pada Oktober

Segala puji bagi Allah… dengan izinnya kami berjaya capai 7MDA pada oktober 2023. Sasaran awal 8MDA, kini kami berusaha untuk meningkatkannya kepada 10MDA. InsyaAllah kami cuba melakar sejarah baru buat southern region.

Terima kasih seluruh warga Legasi 1 An Nur Group, Para pelanggan yang mempercayai kami dan pihak syarikat yang tak jemu jemu membantu kami. InsyaAllah amanah ini akan kami galas sebaik mungkin.

Mohon doakan kejayaan kami.. Aminn