Salam Maal Hijrah.. Hijrah buat aku..

Bila sebut hijrah ni terkenang 13 tahun yang lalu..

Kami hijrah dari selangor ke jb, tanpa ada kerja yang menanti bersama 2 orang anak.
Tekad dan serah semuanya kepada yang Maha Esa.
Ambil hikmah Rasulullah, hijrah baginda menjadikan Islam yang kita cintai ini tersebar luas sehinggalah sampai kepada kita semua.

Allahumma solli’ala saiyyina Muhammad wa’ala ali saiyyina Muhammad

Dan kami hijrah dengan harapan, pasti Allah bantu temukan hidup yang lebih baik.

Alhamdulillah ada rumah pusaka untuk berteduh.
Dan hari ni pindah, esoknya dapat panggilan temuduga…Alhamdulillah diterima.
Suami pula bekerja sendiri, berniaga ayam goreng di jalanan.
Berniaga sendiri, jatuh bangun asam garam perniagaan.

Alhamdulillah sedikit demi sedikit Allah buka jalan, luaskan rezeki.
Sehinggalah bertemu dengan kerjaya takaful.
Dan inilah jalan yang Allah atur buat kami dari sebuah penghijrahan.

Kini, kami usaha seramai yang mungkin untuk bantu sahabat, hijrah dari segi ekonomi.
Hijrah untuk berubah ke arah hidup yang lebih baik.

Sahabat,
Perjalanan hidup adalah sebuah pilihan
Kita berhak menentukan walau kita sudah punya takdir masing-masing
Namun bukan bererti kita hanya pasrah dan tidak berbuat apa-apa

Salam Maal Hijrah semua ❤️

Apa yang best sangat di Great Eastern Takaful Berhad (GETB)

Assalamulaikum semua..

Perkara pertama yang saya suka – ada Deferred Benefit (macam kwsp) dia tak kurangkan komisen kita tetapi GETB akan bagi setiap tahun. masa umur 55 tahun dah boleh keluarkan.. Kita kerja sendiri beb… ada manfaat macam kwsp… mana nak cari kat tempat lain.

Perkara kedua yang saya suka, Elaun Opis (Agency Office Maintanance)… yang ni memang padu. boleh dapat sehingga RM5000 setiap bulan, Modal ni kita gunakan untuk bayar kerani, utilities dan sewa opis (kalau bijak kita beli la opis sendiri). Bukan tu sahaja.. kalau dapat maksimum ada lebihan lagi dia bagi..

Perkara ketiga yang paling saya suka – maintenance free, yang ni kemuncak dalam industri ini, yang mana kita tak perlu dah nak fikir jaga kota untuk kekal sebagai manager sebab akan di berikan pengecualian.. kalau benda ni takder takkan kita nak kerja sampai hujung nyawa kan.. setiap tahun nak kena jaga kota syarat kekal sebagai manager… penat wooo… makin tua makin penat.. dan sure makin lama kota main naik… hahahaha

Sebab tulah saya sayang sangat dengan GETB ni.. tak ramai yang nampak benda ni… setakat nak buat untuk jangka pendek anda akan dapat benda jangka pendek… tapi saya pandang lebih jauh kehadapan..

nak tahu lagi tentang potensi industri ini… jangan segan boleh terus PM saya..

Director Meeting 16/7/2022 Kuching

Alhamdulillah, selesai urusan Director An Nur Group Associates di bumi kenyalang, Kuching Sarawak. Kearah mega agency 2025. Itulah sasaran kami. InsyaAllah kami akan buat sebaik mungkin..

Inilah keluarga kami. ya Allah satukanlah hati hati kami semua sesunggunya dengan penyatuan itu akan membuatkan kami semakin kuat. aminn..

#annurgroupassociates
#annurgroupkuching
#annurgroupsegamat
#annurgroupjohor
#annurgroupmelaka
#annurgrouppontian
#annurgroupmuadzamshah
#spirit637
#AnNurGroup 

See less

MID YEAR CHECK POINT 2022 (MYCP)

Assalamualaikum

Alhamdulillah & tahniah buat semua 63 orang qualifiers dari An Nur Group Associates yang telah berjaya melayakkan diri untuk tahun 2022. Sebahagian yang dapat hadir ke program MYCP.

Setelah sekian lama tidak bersua muka akhirnya program sebegini yang kita mahukan.

Terima kasih pada yang hadir luangkan masa dan berkorban masa untuk hadir pada hari ini dari semenanjung hingga ke borneo . Semangat & kekeluargaan inilah yang kita ingin dan cintai.

Semoga dengan program hari ini, menjadikan kita semua lebih kuat dan bermotivasi.

#mycp2022

#annurgroupassociates

#AnNurGroup