Alhamdulillah tahniah dah syukur.. Satu rekod baru telah dipecahkan di An Nur Group, promotion dengan jumlah permohonan unit terkumpul melebihi RM1juta.
Tahniah buat ust Mohamad Ridzuan Baharuddin dan kumpulan atas rekod baru ini. Anda sememangnya layak. Semoga anda dan kumpulan lebih cemerlang lagi untuk tahun 2022 ini.
Semoga pencapaian ini dapat dipecahkan di masa akan datang. Mungkin anda insan yang akan memecahkannya. Jom sertai kami…
Alhamdulillah tahniah dan syabas An Nur Group atas pencapaian cemerlang pada 2021. RM9,105,273.60 permohonan baru dan peningkatan sebanyak 84% berbanding tahun sebelumnya.
Pastinya semua ini tidak akan jadi dengan sendirinya tanpa bimbingan daripada semua pemimpin di An Nur Group.
Terima kasih buat para pelanggan yang mempercayai perkhidmatan kami dan juga para rakanniaga yang bersama kami. InsyaAllah tahun 2022 ini kita akan lakukan yang lebih baik.
Doakan kami agar terus istiqomah dalam menyebarkan dakwah takaful ini.
Alhamdulillah Bersyukur kepada Allah, dengan izinnya penghujung 2021 dibuka untuk Umrah. Jadi kesempatan itu saya dan isteri GM Masrinie Salim dapat membawa Newly Promoted kami untuk mengerjakan Umrah.
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan, kami bertolak pada 5/1/2022 dan pulang pada 17/1/2022. Pergi dalam musin ini, macam macam dugaan dan rintangan.. Di dalam kesulitan alhamdulillah sebenarnya terlalu banyak kemudahan yang telah Allah berikan kepada kami.
Tahniah buat AM Ridzuan, AM Nazif dan AM Roslaili. Tahun ini dah berada di gelanggang baru. Pastinya lebih mencabar. Saya berharap anda semua terus dan lebih cemerlang pada tahun ini.
Antara yang lebih istimewa untuk umrah kali ini, dapat berjumpa dengan abang ipar tuan Shahrul Salim di Mekah. Bukan itu sahaja siap buat kami jalan jalan sekali.
Alhamdulillah hari ini kami semua selamat tiba di Malaysia dan dibenarkan untuk kuarantin di rumah. Cuma kami dibekalkan dengan jam power ranger
InsyaAllah kami akan bawa lagi newly promoted kami di masa akan datang. Mungkin anda adalah yang seterusya.