Sumber dipetik dari Ust Zaharuddin Abd Rahman


Tips Memilih Takaful
Kebanyakan syarikat insurans convensional prihatin terhadap keperluan takaful bagi umat Islam di Malaysia. Oleh sebab itu, semakin banyak syarikat insurans convensional menyediakan perkhidmatan takaful dalam produk mereka. Antara syarikat takaful yang ada di Malaysia ialah Prudential BSN Takaful, Great Eastern Takaful, Etiqa Takaful dan Takaful Ikhlas. Namun begitu, bagi mereka yang bercadang untuk memilih perlindungan takaful untuk diri anda dan keluarga, ini adalah tips untuk anda bagi memilih produk dan syarikat takaful yang terbaik untuk anda.
Produk Takaful
Apa produk yang anda mahukan dalam takaful? Adakah anda perlukan perlindungan untuk kesihatan anda seperti ‘medical card’ bagi rawatan pembedahan atau dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Bagaimana pula dengan perlindungan jika anda mempunyai penyakit-penyakit kritikal seperti kanser atau jantung. Atau anda mahukan perlindungan dari segi kewangan jika ada apa-apa berlaku kepada anda seperti hilang upaya untuk bekerja atau jika berlaku kematian. Ini semua terpulang kepada anda untuk memilih apa yang anda mahukan. Oleh itu, syarikat takaful mempunyai produk-produk yang anda mahukan. Oleh itu, apa yang anda perlukan ialah:-
- Kaji dahulu apa produk yang disediakan pada syarikat takaful pilihan anda
- Lakukan ‘compare and contrast’ bagi produk-produk takaful yang sama bagi syarikat takaful yang berlainan (sebagai contoh medical card, bagi syarikat A medical card menanggung sehingga umur 65 dan syarikat B medical card menanggung sehingga umur 80)
- Baca setiap penerangan seperti bagi setiap produk kerana kesilapan pertama yang dibuat oleh klien ialah tidak membaca dengan teliti apa yang dilindungi oleh produk itu serta kesilapan oleh agen yang tidak memaklumkan secara teliti dan jelas apa yang dilindungi dalam produk itu
- Apa yang dapat dilindungi dengan bayaran premium yang anda buat (sebagai contoh jika anda membayar premium 200 sebulan, anda mendapat perlindungan penyakit kritikal, perlindungan pendapatan 2000 sebulan, medical card dan perlindungan jika anda hilang upaya untuk bekerja atau kematian)
- Fleksibiliti bagi anda untuk memilih pelan perlindungan (sebagai contoh anda hanya boleh memilih untuk mendapat produk bagi medical card sahaja)
Syarikat Takaful
Penting bagi anda untuk mengetahui latar belakang syarikat takaful yang anda pilih. Oleh itu, anda patut tahu bahawa syarikat takaful yang anda pilih itu:-
- mempunyai sejarah yang baik dalam urusan ‘claim’ klien yang berlaku kematian, hilang upaya kerja atau urusan menggunakan ‘medical card’ (dalam erti kata lain, cepat dan tidak mengambil masa yang lama dalam urusan di atas)
- kemudahan untuk membuat bayaran premium setiap bulan (caruman melalui Biro Angkasa bagi kakitangan kerajaan atau caruman melalui potongan akaun bank ataupun melalui card credit)
- buat sedikit kajian (do your own research) tentang syarikat takaful yang anda pilih dan baca tentang klien-klien yang pernah mengambil produk syarikat takaful yang anda pilih (internet adalah sumber utama maklumat)
Agen Takaful
Ramai yang tidak tahu, antara kesilapan yang dibuat oleh klien adalah tidak tahu apa produk yang dimahukan oleh klien kerana agen tidak memberitahu dengan jelas dan terang. Jika anda berjumpa dengan agen yang menerangkan segala-galanya dari A sampai Z, anda adalah manusia yang bernasib baik. Tapi ingat, bukan setakat itu sahaja tugas agen anda setelah anda menandatangani polisi takaful dan membuat bayaran premium. Tetapi, hubungan anda dengan agen anda perlu diteruskan kerana jika berlaku apa-apa seperti ‘claim’ perubatan atau berlaku kematian, agen anda adalah orang yang diperlukan oleh anda untuk menguruskan urusan ‘claim’ anda.
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436
Assalamualaikum encik Rosazaman, boleh saya minta izin share maklumat ini di fb fan page saya? Saya akan credit sumber maklumat kepada encik punya website. Terima kasih
boleh slakan