Motosikal anggota polis ditendang suspek

motor polis

KAMPAR – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal terselamat selepas motosikal ditungganginya terhumban ke dalam sungai akibat ditendang seorang suspek lelaki yang sedang dikejar dalam Op Cantas Khas, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian itu, suspek yang menaiki motosikal dikejar oleh anggota operasi dalam satu sekatan jalan raya sebelum dikejar mangsa di Mambang Diawan.

“Bagaimanapun, ketika adegan kejar mengejar, suspek terus menendang motosikal yang ditunggang lans Koperal Roslee menyebabkan ia terbabas ke dalam anak sungai.

“Dalam kejadian itu, tiada sebarang kecederaan dialami oleh anggota terbabit cuma motosikal trafik rosak akibat terhumban dalam sungai,” katanya di sini, ​hari ini.

Menurutnya, seorang pegawai berpangkat Inspektor turut mengalami cedera ringan di kedua-dua tangan dan kiri ketika cuba menahan suspek berusia 20 an itu.

“Pegawai berkenaan bagaimanapun telah mendapatkan rawatan di Hospital Kampar. Suspek berjaya meloloskan diri dengan melalui di laluan gelap,” katanya.

Pada masa sama, Kong Soon berkata, operasi selama empat jam itu berjaya menahan enam suspek yang terlibat dalam pelbagai kesalahan antaranya curi motosikal, pecah rumah dan dadah.

“Kita juga menahan 29 pendatang asing yang terdiri daripada 20 warga Indonesia, lima warga Nepal, tiga warga Vietnam dan seorang warga Bangladesh. Sebanyak 96 saman trafik telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Nota Razman Get: Apa yang saya ingin kongsikan di sini  adalah, lans Koperal yang terlibat dengan kes ini merupakan salah seorang daripada ahli team An Nur The Great Agency. Alhamdulillah semuanya selamat. Kami kagum dngen keberanian anda. Terbaik..

roslee

Advertisements
This entry was posted in berita, info, Malang tak berbau and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s