Assalamulaikum,
Tajuk kosmo hari ini berkenaan ledakan penyakit kencing manis bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan. Kenapa saya berkata demikian? ini kerana kita sedia maklum cara pemakanan yang di ambil oleh rakyat Malaysia sendiri sememangnya sukakan makanan-makanan yang manis..
Mana taknya ada sahabat saya tu makan roti canai pasti bersama gula yang akan di tambah dengan kuah.. Masalahnya bukan sedikit jumlahnya… saya tengok pun seram..
Kini jumlah pengidap kencing manis hampir menyamai jumlah penduduk Selangor iaitu mencecah 5 juta. Bukanlah satu angka yang kecil..
Apakah langkah-langkah keselamatan yang kita ambil? Kini penyakit ini bukanlah penyakit yang diwarisi. Malah ianya berpunca daripada sikap kita sendiri.
Apa yang saya nak sampaikan bukanlah dengan mengambil medical card boleh mengatasi masalah ini. Tetapi yang lebih penting adalah kita mengawal pemakanan kita..
Kita mampu mengubahnya..
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436