Apakah erti “Under-Insurance” atau Terkurang Insurans? untuk kenderaan bermotor.

Apakah erti “Under-Insurance” atau Terkurang Insurans?

Under-insurance adalah suatu keadaan di mana nilai perlindungan insurans adalah kurang dari nilai sebenar (nilai pasaran) untuk melindungi harta atau aset yang diinsuranskan, seperti rumah atau kenderaan anda. Kami akan memudahkan pemahaman dengan beberapa contoh.

Contoh under-insurance bagi insurans kereta adalah seperti di mana seseorang membeli insurans kenderaan dengan nilai perlindungan bagi sebuah kereta Perodua Viva walaupun kereta yang diinsuranskan sebenarnya adalah sebuah MERC . Jika berlakunya kemalangan atau kecurian, beliau mungkin berfikiran yang beliau akan mendapat pampasan dengan nilai bersamaan dengan kereta Viva tadi, tapi pada hakikatnya, beliau akan mendapat pampasan yang lebih rendah daripada itu.

Apa ertinya under-insurance dalam insurans kenderaan

1) Bagi kes kecurian

Ali memiliki kereta di mana ketika beliau memperbaharui insuransnya, nilai pasaran kereta itu adalah RM 50,000. Tetapi kerena Ali ingin berjimat, dia telahpun menginsuranskan keretanya pada nilai RM 30,000. Malangnya keretanya dicuri tidak lama kemudian. Memang sudah pasti beliau tidak mungkin akan dapat membuat tuntutan bagi nilai pasaran keretanya pada RM 50,000. Di sini saja telah pun terdapat satu kerugian besar.

Lebih malang lagi, kerana Ali telah terkurang insurans (under-insured) keretanya dalam contoh ini, sebanyak 40%, dia tidak akan mendapat pampasan penuh iaitu RM30,000 tetapi hanya 60% daripada nilai insuransnya. Ini adalah kerana termasuknya “klausa purata”. Pengiraannya adalah seperti berikut:

Under insurance

Ini bermakna Ali hanya akan mendapat pampasan sebanyak RM 18,000!

Walaubagaimanapun, ingin kami menerangkan di sini bahawa nilai yang boleh dituntut adalah berdasarkan nilai pasaran di waktu tuntutan dibuat. Bagi contoh di atas, jika pada waktu tuntutan dibuat, nilai kereta Ali telah jatuh kepada RM 45,000, maka di sini Ali akan diberi pampasan RM 20,000.

Under insurance

Lebih murah tidak bererti lebih baik!

Apa yang membimbangkan adalah ramai antara pengguna Malaysia tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mengamalkan under-insurance untuk insurans kenderaan mereka. Adakalanya, ejen/ ejensi insurans mengurangkan nilai insurans untuk merendahkan kadar premium pelanggan. Kadar premium yang rendah mungkin menyenangkan anda sekarang, tetapi jika berlakunya kecelakaan, mungkin pula anda akan rasa tertipu. Inilah antara sebab pentingnya bagi anda memiliki ejen atau perunding yang boleh anda percayai, seseorang ejen yang akan menjaga kepentingan anda sebagai pelanggan.

2) Bagi kes kemalangan

Kereta baru Fatimah bernilai RM 80,000, dia juga ingin menjimatkan wangnya maka dia menginsuranskan keretanya pada nilai RM 60,000. 8 bulan kemudian dia terlibat dengan kemalangan jalanraya di mana dia terpaksa membuat tuntutan dari polisi komprehensifnya. Jumlah yang diperlukan untuk menampung kos membaiki keretanya adalah RM 10,000, di mana nilai pasaran pada waktu tuntutan dibuat adalah RM 75,000.

Sama seperti contoh pertama, klausa purata diambil kira. Fatimah hanya akan menerima RM 8,000 sebagai pampasan dan bukan RM 10,000. Kos selebihnya (RM 2,000) perlu dibiayai oleh Sfatimah sendiri. Pengiraannya seperti berikut.

Under insurance

Tak kena tak mengapa, dah kena standby la keluarkan duit tambahan untuk menampung kekurangan tersebut..

Konsep yang sama juga seperti perlindungan perubatan, ramai yang kata cukupla company dah ada, masalahnya cukup ke untuk menampung kos rawatan masakini, atau anda rasa ianya sekadar ada sahaja..

renungkan..

Rosazaman Sarifdin

Group MAnager

0192699436

This entry was posted in info, Malang tak berbau and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s