i-Great Ameen produk ideal warga emas

NUR HANANI AZMAN  |  03 Oktober 2015 1:12 AM

KUALA LUMPUR, 02 Okt 2015 -- Ketua Pegawai Eksekutif, Great Eastern Zafri Ab Halim

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Great Eastern Takaful Bhd. (GETB), memperkenal produk i-Great Ameen, pelan takaful keluarga yang menyasarkan golongan berusia dalam lingkungan 50 hingga 75 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zafri Ab Halim berkata, ia direka khas untuk menepati kehendak warga emas yang boleh memperuntukkan kemudahan kewangan untuk pemilikan pelan berkenaan.

Katanya, berdasarkan kajian, populasi golongan berusia 50 hingga 65 tahun di Malaysia merangkumi 12 peratus daripada keseluruhan 30.5 juta orang.

Ujar beliau, GETB mendapati kebanyakan golongan itu terutamanya kaum Melayu tidak mempunyai perlindungan sewajarnya justeru menawarkan i-Great Ameen serendah RM50 seunit dan maksimum sehingga lapan unit.

“Menarik tentang produk baharu ini, proses pendaftarannya amat mudah tanpa pemeriksaan kesihatan, perkhidmatan badal haji dan manfaat kematian akibat kemalangan.

“Sekiranya perkhidmatan badal haji dipilih oleh peserta dan berlaku kematian, pihak kami akan melaksanakan badal haji tersebut bagi pihaknya. Dengan cara ini, kami memastikan bahawa permintaan mereka untuk menunaikan haji dipenuhi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

GETB ditubuhkan sejak 2010 menguasai pasaran industri takaful sebanyak enam peratus bagi separuh kedua 2015 dengan mempunyai sebanyak 6,000 ejen dan 375,000 pemegang sijil.

i-Great Ameen adalah pelan Takaful Keluarga bertempoh dengan caruman berkala yang matang pada umur 85 tahun hari lahir berikutnya berserta manfaat kematian akibat kemalangan ataupun bukan kemalangan.

Sejak produk itu diperkenalkan semalam, ia menerima maklum balas dan sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan orang ramai.

i-Great Ameen ditawarkan untuk tempoh terhad iaitu sehingga akhir 2015 dan para pelanggan digalakkan untuk tidak melepaskan peluang memiliki produk itu sebagai hadiah istimewa kepada yang tersayang.

untuk keterangan lanjut, sila hubungi

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

This entry was posted in berita, info, Malang tak berbau and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: