Tak Perlu Takaful aku ada ALLAH..

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak kongsikan satu kisah benar. Pengalaman saya sendiri. Tapi sebelum tu saya minta kepada sesiapa yang ingin share cerita ni “copy n paste” ada baiknya mintalah izin.. tak susahkan..

Saya percaya  jika anda merupakan seorang agent takaful, anda pernah menerima jawapan daripada prospek atau kenalan anda, menjawab seperti tajuk hari ini. “Tak Perlu Takaful aku ada ALLAH”.

Mulala sesi berdebat.. (maksud yang nak di sampaikan lebih kurang mcm ni lah)

Kewajiban kita mengenai takdir Allah ini adalah berusaha, berdo’a untuk mencapai yang kita inginkan, lalu bertawakkal, sabar dan redha atas segala hal yang telah Allah tetapkan bagi diri kita.

وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

“…Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mukmin bertawakkal.”
(Qs. Ibrahim: 11)

وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

“…Dan bertawakkallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Qs. Al-Ma’idah: 23)

Banyak orang yang salah anggap memahami hakikat tawakkal. Mereka menganggap bahawa pasrah begitu saja dan (menerima segala sesuatu yang telah ditetapkan) tanpa adanya usaha adalah wujud tawakkal yang benar. Sikap yang demikian keliru. Tawakkal sama sekali tidak menafikan adanya usaha hamba. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kepada kita untuk berusaha dahulu baru kemudian bertawakkal.

حَدَّثَنَا المُغِيرَةُ بْنُ أَبِي قُرَّةَ السَّدُوسِيُّ، قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، يَقُولُ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ، أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ؟ قَالَ: «اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ»

Al-Mughirah ibn Abi Qurrah As-Sadusi mengabarkan kepada kami, “Saya mendengar Anas ibn Malik radhiyallahu ‘anhu berkata, “Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah saya ikat (tambatkan) unta itu lalu saya bertawakkal atau saya lepaskan unta itu lalu saya bertawakkal?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berkata, “Ikatlah unta tersebut, lalu bertawakallah.” (HR.Tirmidzi, dan dihasankan oleh Syaikh Albani dalam kitab Takhrij Ahadits Musykilah Al-Faqr wa Kaifa ‘Alajaha Al-Islam )

Bukan apa, al-maklumlah kawan saya ni join kumpulan ngaji, lebih kurang macam tabliq lah. Pendekatan begini saya gunakan, tapi dia tetap dengan pendirian dia. So saya malas nak berkata apa-apa lagi.. NEXT ajer.

Di pendekkan cerita.

Minggu lepas si dia ni minta tolong saya untuk ambil beliau di satu kawasan bengkel, Kereta Exora beliau xcident, boleh tahan gak teruknya. Kos untuk repair mencecah RM6,000.

Hahaha soalan jahat dari saya kepadanya..

Saya: Kenapa ko nak repair biar jerla?

Dia: Giler ko teruk tu.

Saya: Tapi masih boleh jalan kan?

Dia: Memangla,cermin pecah tu, pintu pun tak boleh bukak.

Saya: Banyak duit ko beb. RM6,000 tu?

Dia: Bukan duit aku aku claim insuran la sia2 aku bayar.

Saya: Kalau tak ada insuran , ko ada tak RM6,000 tu?

Dia: Banyak tu.. mana aku nak cekau..

Saya: So ko nampak tak kepentingan insuran/takaful ni?. Kereta ko rosak kelang kabut ko nak elokkan balik. Bagaimana pulak jika diri ko?

Dia: Tu lain man Aku ada Allah…

P/s: buang masa cakap ngan budak ni. hahahah Next untuk kali ke 2.

buatkan saya quotation

This entry was posted in apa itu takaful, info, Malang tak berbau, pentingnya Takaful and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Tak Perlu Takaful aku ada ALLAH..

  1. munircute says:

    abam man, mintak ijin ngopy

  2. adib hamzah says:

    mintak izin copy ye…
    adib hamzah

  3. riduan says:

    minta izin copy…

  4. Mat kgbinjai says:

    slm..saya pun nk minta izin copy

  5. Zul says:

    Salam tuan mohon izin cnp

  6. Eika says:

    Mohon share ye En

Leave a reply to Razman Cancel reply