Dear LIAM, MTA, syarikat-syarikat insurans & takaful,Saya menyeru tuan-tuan & puan-puan semua agar tidak mengambil kesempatan ke atas insiden kehilangan MH370, untuk sekadar berada di dalam “limelight” sahaja, dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah akan membayar pampasan insurans/takaful serta merta.
Perbuatan sebegini sebenarnya, mengelirukan masyarakat, terutama sekali apabila mereka mengetahui, mereka sekadar diberikan khairat kematian (contoh RM2,000) sahaja terlebih dahulu (jika pelan tersebut ada sediakan wang khairat), sedangkan tuntutan-tuntutan lain masih tertakluk kepada proses biasa di mana syarikat masih menunggu dokumen lengkap, baru boleh proses atau tunggu pengesahan mahkamah, baru luluskan bayaran.
Elakkan bermain dengan perasaan keluarga pewaris dan sahabat-handai mereka yang terlibat atau memberi harapan palsu kepada mereka. We can support them by showing kita ambil berat dengan mereka dan bertanya khabar. Itu saya percaya sudah memadai.Sekian, dari saya ejen kecil-kecilan.
