Pastikan Atlet Basikal Dilindungi Insurans

BANGI – Semua persatuan basikal di negara ini perlu memastikan atlet mereka mempunyai perlindungan insurans, jika tidak mereka boleh dianggap sebagai cuai.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah memastikan atlet mempunyai perlindungan insurans adalah penting sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Persatuan harus melihat aspek memberikan insurans itu adalah sesuatu yang penting kalau tidak saya kira persatuan yang berkenaan dianggap cuai, ini kerana siapa yang nak bayar ganti rugi dan sebagainya (kalau kemalangan berlaku).

“Kalau berlatih untuk kepentingan persatuan, demi kepentingan negara mereka perlu dilindungi oleh perlindungan insurans dan dari segi individu mereka juga perlu melindungi diri mereka,” katanya ekoran insiden beberapa kemalangan membabitkan atlet basikal akhir-akhir ini.

Ahmad Shabery berkata, beberapa insiden kemalangan yang berlaku di kalangan atlet basikal negara baru-baru ini perlu diambil perhatian.

“Walaupun mereka dah ada marsyal dan sebagainya namun masih dilanggar, ini juga adalah satu masalah yang perlu dilihat dalam konteks Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya. – BERNAMA

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

This entry was posted in berita. Bookmark the permalink.

2 Responses to Pastikan Atlet Basikal Dilindungi Insurans

  1. Salam tuan menarik artikel ni..boleh sayanpinjam x?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s