Masih ramai tiada perlindungan takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 11hb Disember 2010

Kadar penembusan industri takaful di negara ini masih berada di tahap rendah iaitu sekitar lapan peratus berbanding jumlah keseluruhan penduduk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, angka itu menunjukkan masih terdapat ramai penduduk negara ini yang tidak memiliki perlindungan takaful.

Tambahnya, ia juga menunjukkan terdapat ruang yang luas lagi untuk industri takaful berkembang di negara ini dengan menggerakkan usaha menggalakkan rakyat memilihnya sebagai perkhidmatan perlindungan utama.

‘‘Satu kajian juga perlu dijalankan sama ada perkhidmatan perlindungan takaful sudah tepu sehingga kadar penembusan berada di tahap rendah.

‘‘Namun, saya mengharapkan agar takaful terus maju untuk meletakkan ia menjadi satu industri tempatan dan global yang berimpak besar serta membuahkan hasil.

‘‘Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk membina modal insan yang sejahtera dan menyemarakkan usaha bagi menjadikan negara sebagai hab industri perbankan dan kewangan Islam dalam mencapai sasaran negara maju berpendapatan tinggi,’’ katanya ketika berucap merasmikan Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Great Capital Holdings Sdn. Bhd., Fang Ai Lian; Pengerusi Koperasi Angkatan Tentera (M) Bhd., Leftenan Kolonel Hamisan Mian dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (Inceif), Datuk Md. Agil Mohd. Natt.

Great Eastern Takaful merupakan syarikat usahasama antara I Great Capital Holdings Sdn. Bhd. dan Koperasi Angkatan Tentera (M) Bhd. yang menawarkan produk takaful kepada umat Islam dan juga bukan Islam.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, takaful merupakan satu medium kewangan Islam yang fleksibel dengan semua agama dan bangsa boleh menyertainya.

Takaful, ujarnya, berteraskan pada konsep tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya ketika musibah menimpa.

Oleh yang demikian, menurut beliau, antara langkah strategik yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan oleh pihak industri terbabit seperti Great Eastern Takaful bagi meningkatkan kadar pemilikan insurans atau sistem takaful adalah dengan mengeluarkan produk-produk yang inovatif serta sesuai bagi rakyat Malaysia keseluruhannya.

‘‘Saya percaya, Great Eastern Takaful antaranya mempunyai visi yang amat murni untuk membuka minda kita bagi memperluaskan lagi penerimaan ke atas konsep takaful tanpa mengambil kira agama atau bangsa,’’ katanya.

Terdahulu pada majlis sama, Great Eastern Takaful mengumumkan penajaan sebanyak RM1 juta kepada Inceif bagi melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan terhadap industri takaful di negara ini.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

This entry was posted in berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s