Great Eastern Takaful sasar tiga terbaik

Sumber: Utusan Malaysia, 21hb Disember 2010

Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GET) menyasarkan untuk menjadi antara tiga pemain takaful terbaik di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, sasaran itu akan dapat dicapai dengan pelancaran dua lagi produk takaful iaitu pendidikan dan persaraan pada tahun hadapan.

”Walaupun kami merupakan pengendali takaful yang kesembilan di Malaysia, tetapi GET merasakan masih ada ruang untuk kami berkembang dan menjadi antara yang terbaik di Malaysia melalui pengalaman syarikat bersekutu selama 102 tahun.

”Pengenalan produk-produk baru juga bakal membantu mengukuhkan kedudukan kami di pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran produk takaful terbarunya i-Great Damai dan i-Great Abadi di sini hari ini.

Tambah Salihuddin, pada masa ini, penembusan pasaran bagi segmen takaful di Malaysia adalah rendah iaitu kurang dari 10 peratus.

”Ruang untuk berkembang adalah luas dan GET sendiri turut meninjau peluang untuk memasuki pasaran di Pantai Timur yang masih lagi rendah,” jelasnya.

GET juga yakin untuk mencapai lebih RM180 juta premium dalam tempoh tahun pertama penubuhannya.

Syarikat memperoleh lesen operasi pada 2 Disember lalu.

Bergerak ke hadapan, Salihuddin memberitahu, pihaknya akan menerokai pasaran Brunei dan Indonesia.

Katanya, operasi di Brunei akan dilakukan secepat mungkin berikutan syarikat induk, Great Eastern sudah berada di negara berkenaan manakala Indonesia dibuka pada separuh kedua tahun depan.

“Bagi tempoh jangka panjang, kami menyasarkan pasaran negara China dan Singapura,” tambahnya.

Terdahulu, GET melancarkan dua produk di bawah takaful keluarga berkaitan pelaburan, yang menyediakan perlindungan komprehensif dengan sumbangan yang mampu.

i-Great Damai mempunyai manfaat takaful keluarga dengan akses kepada dana pelaburan dan peserta boleh menerima manfaat kehilangan sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan beban keluarga.

Manakala, i-Great Abadi akan menerima keuntungan pelaburan sebanyak dua peratus bagi setiap tahun ketiga sumbangan.

GET menawarkan tiga pilihan dana utama seperti Dana i-Mekar (dana pertumbuhan), dana i-Majmuk dan dana i-Makmur.

This entry was posted in berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s