Assalamualaikum semua.. baru-baru ini saya dan rakan-rakan belia telah mengikuti Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 di Telok Gorek Mersing pada 4-6 hb 4 2014. Anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
Pada hari tersebut sebanyak 28 persatuan belia area kulaijaya dan johor bharu telah menghadiri untuk mewakili persatuan belia masing-masing. Keutamaan kehadiran adalah kepada Pengerusi dan Setiausaha persatuan. Saya selaku Pengerusi mewakili Belia Sri Iskandar.
Sepanjang tempoh krusus Banyak aktiviti menarik diajar disana. Antaranya bagaimana untuk menguruskan organisasi dan menjadi pemimpin yang baik. Pastinya ilmu ini saya akan manfaatkan dan kongsikan kepada rakan-rakan saya.
Sungguh tidak di sangka pada hari kursus tersebut saya telah dipilih untuk menjadi penghulu untuk semua belia disana. Jumlah peserta seramai 62 orang.
Gambar wakil dari belia Johor Bharu.
Majulah Belia Untuk Negara.