simpan 10% cover 100% pendapatan anda.

 Simpan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Perumpamaan ini telah menjadi darah daging dalam masyarakat Malaysia dalam mendidik tabiat suka menyimpan dari kecil. Mengikut pengarang buku ‘The Richest Man in Babylon’, beliau menyarankan agar anda menyimpan 10% setiap kali anda menerima gaji / wang.

Hikmah di sebalik saranan ini adalah, wang simpanan anda akan berkembang dalam jangka masa panjang. Saranan ini memang masih boleh diguna pakai dalam zaman millenium ini. Persoalannya sekarang adalah di mana anda perlu menyimpan?

Di rumahkah? Di bankkah? ASB kah?

Banyak pilihan dan setiap instrumen kewangan memberikan faedah tertentu kepada para penyimpan.

Jika anda menyimpan 10% dari gaji anda di ASB, maka sudah tentu dalam tempoh 20 tahun akan datang anda akan mempunyai satu jumlah wang yang sangat besar. Jika anda menyimpan 10% di bank, anda masih perolehi wang yang banyak dalam tempoh 20 tahun, tetapi kurang dari apa yang diperolehi di ASB. Ini kerana pulangan yang diberikan di ASB adalah lebih tinggi berbanding bank simpanan.

Cuma masalahnya adalah, simpanan anda di ASB atau bank, tidak memberi jaminan dimana simpanan anda akan berterusan sehingga 20 atau 30 tahun akan datang. Jaminan apa?

Jaminan di mana anda akan tetap menyimpan secara tetap setiap bulan di ASB / bank sehingga 20 tahun akan datang. Secara logiknya, selagi anda mampu bekerja, anda akan mampu menyimpan 10% gaji anda di ASB / bank. Itu kalau anda masih bekerja. Tetapi…

Tetapi, jika anda sudah tidak mampu bekerja, mampukah anda menyimpan 10% gaji anda setiap bulan?

Selagi anda mampu bekerja, anda mampu menyimpan. Apa sebabnya yang anda tidak mampu bekerja?

  • Majikan gulung tikar? – Cari majikan lain.
  • Kos kenaikan bahan api / perbelanjaan harian? – Jimat dan potong perbelanjaan yang tidak perlu

Sedar atau tidak, setiap manusia/keluarga akan mengalami suatu peristiwa besar dalam kehidupan mereka iaitu KEHILANGAN SUMBER PENDAPATAN AKIBAT RISIKO KEHIDUPAN.

Apakah risiko kehidupan tersebut?

Ya, meninggal dunia, lumpuh akibat penyakit / kemalangan, dan menderita penyakit kritikal. Inilah risiko kehidupan yang akan membuatkan anda tidak mampu bekerja selamanya. Jadi, mampukah anda mengekalkan simpanan 10% gaji anda setiap bulan ?

Bayangkan sejenak bagaimana perbelanjaan sara hidup keluarga, perbelanjaan rumah / kereta, perbelanjaan sekolah anak – anak, simpanan persaraan, perbelanjaan perubatan, wang saku kepada ibu bapa – AKAN HILANG SELAMANYA.

75% pesakit kanser tidak tahu mereka mengidap kanser sehingga stage 4 (peringkat terakhir), kematian akibat kemalangan setiap tahun menjangkau 4 angka setiap tahun..ribuan angka serangan strok yang mengakibatkan lumpuh kekal…RIBUAN keluarga hilang tempat bergantung dan hilang PUNCA PENDAPATAN dalam sekelip mata…anda sendiri pasti terbaca kejadian seumpama ini di dalam akhbar harian..pasti berlaku setiap hari…

Cuma kita tidak tahu..bila giliran kita akan tiba…

Maka dengan itu, simpan 10% gaji anda ditempat yang betul dan tepat yang dapat memberikan manfaat kewangan berganda kepada anda yang dapat melindungi dan membekalkan 100% dari gaji anda kepada keluarga selama 20 – 30 tahun, sekiranya anda tidak mampu lagi bekerja akibat meninggal dunia / lumpuh kekal.

Manfaat ini anda boleh cover sehingga RM4000 sebulan. Bergantung kepada keperluan anda.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

This entry was posted in pentingnya Takaful and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s