MISI SERAHAN BANTUAN BANJIR AN NUR GROUP MALAYSIA
Alhamdulillah, misi penyerahan bantuan banjir anjuran An Nur Group Malaysia telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Bantuan ini adalah hasil sumbangan ikhlas daripada keluarga besar An Nur dan para dermawan yang turut menyokong inisiatif ini.
Walaupun dirancang dalam tempoh masa yang singkat, misi pertama ini berjaya direalisasikan dengan penuh dedikasi. Kami bersyukur dapat menyalurkan bantuan kepada 100 buah keluarga yang terkesan akibat banjir di dua kawasan di daerah Dungun, iaitu:
✅ Kampung Tanjung Pagar Nibong
✅ Taman Rakyat Jaya
Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga An Nur Group Malaysia atas sokongan padu yang diberikan, serta kepada para sukarelawan yang sanggup meluangkan masa untuk menjayakan misi ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada:
• Tuan CEO GETB, Encik Jze Shahriman,
• Encik Borhanudin Samsudin,
• Encik Ehsan Abd Rahman,
• Cik Yatt Saiman,
atas sokongan penuh dan bantuan yang diberikan dalam memastikan kelancaran misi ini.
Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban dan membawa sedikit keceriaan kepada mereka yang terkesan akibat musibah banjir. Kami berdoa agar misi-misi bantuan seperti ini dapat diperluaskan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai pihak.
In shaa Allah, semoga segala usaha ini diberkati dan memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih.