Jika anda ikhlas Rezeki akan datang kemudian..

Assalamualaikum sahabatku sekalian…

Sahabat..

Jangan takut untuk berIMPIAN.

Bermimpilah tentang apa yang ingin anda impikan, pergilah ke tempat-tempat anda ingin pergi. Jadilah seperti yang anda inginkan, kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin anda lakukan. Jangan takut berimpian asalkan ianya di susuli dengan tindakan yang mengarah kepada impian anda itu. Ini kerana  Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille

Anda sudah berada di Syarikat  yang betul untuk merealisasikan impian anda. Hanya mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika anda tidak melakukannya dengan terbaik..

Kecemerlangan anda akan terhasil daripada sikap anda yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Hidup ini sebenarnya memerlukan pengorbanan. pengorbanan juga memerlukan perjuangan. perjuangan  memerlukan ketabahan. ketabahan itu memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sahabat..

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal dalam mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi. Cuma perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Jadi fikirkanlah hal-hal yang paling hebat, dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.

Sahabat..

Rezeki.. ada di mana-mana, datang tanpa di duga, tepat pada masa, yang penting, usaha dan tawakkal. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi. Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Ingat..

Orang yang berkhianat selalu terhina. Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar. Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya. Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap anda ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Percayalah…

Jangan takut pada penolakanan, Kerana setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat, dan elakkan diri anda daripada bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Mulakan yang baru..

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Salam

Rosazaman

buatkan saya quotation

apa pun tak boleh…apa pun tak boleh..

Assalamualaikum pembaca semua

Hari ni saya memaparkan video movie John Q yang mana mengisahkan betapa pentingnya perlindungan insuran/takaful dan betapa pentingnya memilih syarikat insurans yang telus dan berpengalaman yang bukan hanya mengejar sales… Jangan sign up borang insurans/takaful serta merta dan yang selagi anda tidak tahu apakah manfaat yang dilindungi. yang PALING PENTING waktu bilakah manfaat tersebut boleh anda peroleh. (ini yang jarang agen perjelaskan).

Kami di Great Eastern Life / Takaful sangat menitik beratkan soal ketelusan maklumat untuk pencarum supaya tidak timbul masalah di kemudian hari…. pertontonkan..semoga anda boleh berfikir… bukan jumlah perlindungan yang kita perlukan, persoalannya.. adakah kita benar-benar dilindungi?..fiki-fikirkan lah

buatkan saya quotation