Perancangan Perubatan (Medical card)

Beza orang yang bijak akan membuat simpanan 10% daripada pendapatannya ke Takaful. Ini kerana simpanan yang anda lakukan itu dapat melindungi pendapatan anda 100%. Berbeza jika 10% itu anda simpan di bank.

Saya tidak setuju dengan idea menggunakan wang simpanan dari kerja keras anda selama ini untuk membiayai bil rawatan yang tinggi dimasa akan datang?. Pertimbangkan Kad Perubatan. Ia satu alat yang dapat melangsaikan semua urusan rawatan perubatan anda. Namun, kad perubatan hanya boleh diperolehi semasa anda masih SIHAT sahaja. Oleh itu dapatkan yang terbaik sahaja. Bagaimanakah untuk mengetahui kad perubatan terbaik?.

Berikut adalah Maklumat yang anda boleh perolehi tentang kad perubatan pakar  dari Great Eastern Takaful Sdn Bhd.

K O N S E P TA K A F U L

Takaful merupakan konsep saling bantu-membantu
berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan
tanggungjawab. Peserta membuat caruman
berdasarkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana
yang akan digunakan untuk membantu satu sama
lain semasa kesusahan.

Bagi mendapatkan perkara terbaik dalam hidup, anda perlu kekal sihat. Penyakit, kemalangan dan halangan perubatan yang lain boleh mengganggu perancangan masa depan melainkan anda bersedia daripada segi kewangan.

i-Medik Rider ialah rider perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan meluas bagi manfaat kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi.

Melindungi Anda Bagi Perbelanjaan Perubatan Yang Mahal

Nikmati had tahunan dan had seumur hidup yang tinggi. Bergantung kepada pelan yang anda pilih, tuntutan perubatan boleh dibayar balik dalam satu jumlah sekali gus sehingga had tahunan sebanyak RM200,000 dan had seumur hidup sebanyak RM1,600,000.

Peroleh Ganjaran dengan Kesihatan yang Baik

Had tahunan anda akan meningkat sebanyak 10% pada akhir setiap 3 tahun sijil jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh 3 tahun – membantu anda menangani kos perubatan yang meningkat.

Perhatikan ilustrasi di bawah…

Johan merupakan lelaki berumur 30 tahun yang memilih pelan i-M100 dengan had tahunan permulaan sebanyak RM60,000 dan had seumur hidup sebanyak RM480,000. Dalam 3 tahun sijil pertama, dia tidak membuat sebarang tuntutan dan had tahunan meningkat sebanyak RM6,000 kepada RM66,000.

Dalam 3 tahun sijil berikutnya, dia membuat 2 tuntutan dan had tahunan kekal sebanyak RM66,000. Dalam 3 tahun sijil berikutnya, tiada tuntutan dibuat dan had tahunan dinaikkan sebanyak RM6,000 kepada RM72,000.

Nota: Jika tuntutan dibuat selepas Pengendali Takaful telah meningkatkan had tahunan sebanyak 10% disebabkan tiada tuntutan dalam tempoh yang dinyatakan, had tahunan tersebut akan dibatalkan setelah tuntutan dibenarkan.

Melindungi Anda Dengan Manfaat Komprehensif 

Urusan kemasukan hospital yang mudah dan perlindungan terhadap pelbagai keadaan perubatan. Beberapa manfaat utama termasuk Rawatan Sebelum dan Selepas Kemasukan Hospital, Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar. Ia turut melindungi bayaran pembedahan, bekalan hospital, khidmat ambulans dan banyak lagi.

Lindungi Orang Tersayang (PA percuma)

Bergantung kepada pelan pilihan anda, orang tersayang akan menerima sehingga RM20,000 jika berlaku kematian akibat kemalangan.

Membantu Pemulihan Anda   

Anda akan menerima Elaun Tunai Harian sebanyak RM50 sehari sehingga 120 hari bagi setiap tahun sijil jika anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia.

Melindungi Anda Sehingga Umur 80 Tahun

Sesiapa yang berumur antara 30 hari hingga 60 tahun hari jadi berikutnya layak memohon i-Medik Rider dan dilindungi dari segi perubatan sehingga umur 80 tahun hari jadi berikutnya.

Anda Dilindungi Walaupun Berada di Luar Negara

Nikmati perlindungan yang lebih baik semasa dalam perjalanan dengan Supreme Assist – perkhidmatan bantuan perubatan kecemasan dan perjalanan yang boleh dipercayai, di mana sahaja di seluruh dunia.

Ingin dapatkan manfaat ini?

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Bin Sarifdin

013-2626876