Kenapa perlu ada Takaful?

Assalamualaikum semua..

Ini sekadar pendapat….

Pada saya, kepentingan takaful yang pertama sekali adalah dari segi perlindungan pendapatan. Sebagai contoh, sekiranya berlaku kematian kepada si suami itu, isteri pula seorang suri rumah, perlindungan pendapatan itu akan menggantikan semula pendapatan suaminya hingga bila-bila jika isteri mengekalkan wang yang dia peroleh dari sumbangan tabarru tadi. Contohnya, ASB. Orang Cina atau India suka menyimpan dalam deposit tetap.

Selagi dia mengekalkan sumbangan tabarru itu dalam ASB ataupun simpanan tetap, selama-lamanya dia akan dapat menggantikan pendapatan suaminya. Itu satu asas keperluan yang memang financial tools yang hanya ada dalam takaful.

Kepentingan Takaful yang kedua adalah dari segi persaraan. Kalau kita lihat sendiri satu artikel dari KWSP mengatakan bahawa terdapat 80 peratus daripada pencarum KWSP yang menerima wang caruman pada umur 55 tahun menggunakan wang itu dalam masa tiga hingga lima tahun sahaja. Kemudian pada umur 60 tahun, dana daripada KWSP itu sudah kering.

Oleh kerana itu, kita lihat ramai lelaki di kalangan mereka yang berusia 55 tahun ke atas terpaksa bekerja semula memandu bas dan menjadi pengawal keselamatan. Wanita pula akan menjaga anak orang. Ini disebabkan wang KWSP tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Mengikut statistik sekarang disebabkan oleh kemodenan teknologi dari segi perubatan, jangka hayat perempuan akan lebih panjang kepada 76 tahun dan jangka hayat bagi lelaki panjang kepada 72 tahun. Bayangkan sekiranya selepas umur 55, 21 tahun lagi untuk wanita mahu meneruskan kehidupan. Jadi, sebab itu skim KWSP pada masa ini memang tidak dapat menyelesaikan masalah sehingga 21 tahun itu.

Oleh sebab itu, di Great Eastern Takaful ada satu skim yang dikenali sebagai second EPF yang diwujudkan untuk melengkapkan dana bagi persaraan yang tidak mencukupi tadi. Dana tadi akan matang pada umur mereka 60 tahun. Insya-Allah boleh menampung kehidupan mereka 10 hingga 20 tahun akan datang. Dalam masa yang sama skim ini memberi perlindungan hayat sehingga RM300,000.

Kepentingan yang ketiga adalah dari segi medical card. Sekarang kos perubatan, terutamanya di hospital swasta sudah meningkat. Saya telah membaca sebuah artikel yang menyatakan kos perubatan itu meningkat sebanyak 20 peratus setiap tahun. Berita ini sangat memberi tekanan kepada kita semua sekiranya tidak bersiap sedia dari sekarang. Jadi, penyelesaiannya adalah melalui medical card.

Kos untuk melakukan by pass buat masa ini adalah RM56,000. Jika kita ada medical card memang mencukupi.

Di Great Eastern Takaful sendiri dengan hanya RM120* sebulan, kita akan mendapat manfaat untuk menggunakan medical card sehingga RM90,000 setahun dan keseluruhan sehingga RM720,000. Jumlah ini amat mencukupi untuk menampung kehidupan sehingga 70 tahun. Yang bertambah menariknya jumlah tahunan ini akan meningkat sebanyak 10% setiap 3 tahun jika tiada tuntutan.. Pastinya mengikut peredaran kos semasa.

Kepentingan Takaful yang keempat adalah dari segi perancangan pendidikan kanak-kanak. Kos pendidikan pada masa sekarang memang sangat tinggi. Cuba bayangkan apa yang akan berlaku pada tempoh 10 ataupun 20 tahun akan datang. Pada masa ini pun biasiswa sudah sangat kurang. Jadi, bayangkan apa yang bakal berlaku dalam tempoh 20 tahun akan datang. Memang pasti sudah tidak ada lagi biasiswa.

Jadi, kita kena ikut rasmi seperti orang-orang Cina kerana anak-anak mereka telah didedahkan dengan insurans sejak mereka lahir lagi. Kebiasaan anak-anak orang Melayu ini akan mencari bantuan kewangan MARA ataupun JPA. Tetapi, orang Cina, walaupun pekerjaan bapa mereka bukan berniaga, dalam tempoh 20 tahun selepas itu mereka boleh menghantar anak mereka belajar ke luar negara tanpa bergantung pada pinjaman daripada kerajaan kerana telah menabung dalam pendidikan anak-anak.

Jadi, kebaikan perancangan pendidikan anak-anak itu yang kita cuba terapkan supaya apabila anak sudah berjaya dan bersedia untuk masuk universiti, dana pendidikan telah tersedia ada melalui pelan pendidikan, tidak perlu lagi bergantung kepada kerajaan.

Menarik bukan…

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

This entry was posted in info, pentingnya Takaful. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s